Siapa kat sini tak suka buah prun? Jangan risau sebab anda tak
keseorangan.
Menurut kajian,
wanita yang berumur 25 hingga 54 tahun mempunyai reaksi yang negatif terhadap
buah prun atau lebih dikenali dengan gelaran ‘plum kering’.
Fizikalnya
kelihatan seperti kurma namun isinya lebih kenyal dan lembab manakala rasanya
pula adalah berdasarkan gabungan masam dan manis.
Selain kandungan
anti-oksida yang tinggi serta baik untuk melancarkan sistem penghadaman apa
lagi agaknya faedah yang boleh dikecap apabila mengamal memakan buah prun ini?
#1 Menjauhi
Penyakit Kardiovaskular (Jantung) Serta Penyakit Kronik
Ternyata buah
plum dan prun banyak persamaannya. Kedua-dua buah tersebut mengandungi nilai
khasiat phytonutrien yang digelar phenols. Banyak kajian menunjukkan bahawa
phytonutrien akan bantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang
disebabkan oleh tindak balas lemak tepu dalam saluran tubuh.
Oleh kerana semua
sel dalam badan kita termasuklah sel otak mengandugi lemak, adalah penting
untuk tubuh manusia mempunyai nutrisi phytonutrien secukupnya agar tubuh bebas
daripada segala jenis penyakit termasuk penyakit kronik seperti serangan
jantung.
#2 Mengelak
Diabetes & Obesiti
Prun tinggi
dengan serat yang akan mengekalkan kadar gula dalam darah agar sentiasa stabil
(berada pada tahap baik).
Serat jenis larut
ini kemudiannya akan memperlahankan proses perkumuhan secara baik agar proses
penyerapan gula ke dalam darah tergendala. Serat itu tadi akan bertindak
meningkatkan sesitiviti tubuh terhadap insulin.
Bukan tu je,
serat jenis larut adalah kunci bagaimana untuk membuat seseorang individu kekal
kenyang sepanjang hari tanpa perlu kerap berasa lapar. Kalau hendak kurus,
bolehlah cuba amalkan diet buah prun okay?
#3 Merendahkan
Kadar Kolesterol
Selain membuatkan
perut berasa kenyang, serat jenis larut yang dibincangkan tadi mampu bantu
menurunkan kolesterol dengan menyerap empedu yang terdapat dalam usus sebelum
menyahkannya dalam bentuk perkumuhan. Empedu adalah kolesterol yang terkumpul
dalam hati.
Prun juga
terkenal sebagai penyembuh sembelit tahu?
#4 Tingkatkan
Kekuatan Tulang & Mengurangkan Risiko Osteoporosis
Kajian pada 2011
mendapati prun dan plum adalah buah yang paling efektif sebagai pencegah
kerapuhan tulang kerana sumber nutriennya yang kaya dengan fenolik dan gabungan
flavonoid.
#5 Sumber Utama
Untuk Vitamin K & Beta Karoten
Pengambilan beta
karoten ynag secukupnya bisa membuatkan seseorang lebih gembira. Selain itu, ia
juga berfungsi untuk melindungi dan memulih kerosakan redikal bebas pada sel
tubuh manusia sebagai contoh, melambatkan penuaan dan membaiki sel kulit rosak.
Vitamin K yang
terkandung dalam prun pula hebat dalam memerangi faktor penuaan dengan
mengembalikan kekuatan tulang serta melancarkan peredaran darah.
Untuk dapat 5
faedah ni, ambil beberapa biji buah prun setiap hari! tak dapat yang segar,
yang kering pun boleh juga…


0 comments:
Post a Comment