Suka atau tidak, jika ketiak
warna hitam, wanita biasanya akan rasa rendah diri. Walaupun ketiak itu berada
di tempat yang sulit dan tidak boleh dilihat dengan mudah, hati tetap rasa
tidak selesa.
Bagi yang sudah
bersuami, pasti malu jika suami ternampak ketiak si isteri yang berwarna hitam.
Bagaimanakah cara menghilangkan ketiak hitam ini?
1.
Guna kapur sireh dan sebiji limau nipis
Ini petua menghilangkan ketiak hitam yang pertama. Campurkan
kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring.
Sapukan campuran tadi di kawasan ketiak anda. Biarkannya lebih kurang dalam 15
minit. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu. Ulang
selang sehari minggu berikutnya.
Bukan setakat yang hitam itu kurang, ketiak juga sudah tida
berbau lagi. Boleh juga sapukan di leher dan celah paha. Pastikan kalau ada
rasa pedih, luka atau melecet, berhenti serta-merta dan bilas dengan air.
2. Guna buah betik
Ini antara cara menghilangkan ketiak hitam yang diambil dari
majalah Mingguan Wanita. Katanya, parut buah betik yang hampir masak sehingga
halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama
beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap. Anda pasti berpuas hati
dengan hasilnya.
3. Guna sireh dan beras
Juga dari Mingguan Wanita. Kisar segenggam beras sehingga halus.
Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua
bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran
sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan
celah paha.
Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan
yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit
badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan
hitam.
Ketiak Hitam Ketika Mengandung
Bagaimana pula kalau ketiak hitam saat hamil? Adakah ini normal,
ditambah lagi dengan rasa gatal dan berbau? Ada orang kata, kalau ketiak hitam,
tandanya anak lelaki? Benarkah?
Mengikut pengalaman beberapa orang yang sudah mengandung
beberapa kali, mereka biarkan sahaja. Ketiak hitam terjadi kerana perubahan
hormon. Tidak ada petua khusus untuk menghilangkan ketiak hitam untuk ibu
mengandung.
Walaupun nampak bagaikan ada jalur lipatan, tidak perlu buat
apa-apa. Nanti, selepas bersalin, ketiak hitam akan hilang dengan sendiri.
Biasanya, mengambil masa lebih kurang 2-3 bulan selepas habis pantang. Sekali
lagi diingatkan, tidak perlu risau kerana ia adalah normal. Juga, tidak perlu
bazirkan beli sabun yang macam-macam ada dipasaran. Ia tidak akan hilang!
Malu? Tidak perlu. Doktor dan jururawat juga tidak hairan dengan
ketiak anda yang hitam itu. Suami pula mesti positif, jangan jauhkan diri dari
isteri semata-mata ketiak hitam!
~ SELAMAT MENCUBA ~
0 comments:
Post a Comment