Perokok sememangnya
tahu bahaya merokok bagi kesihatan tapi tidak semua dari mereka mampu berhenti
terutama jika telah menjadi perokok aktif selama bertahun-tahun.
Dalam artikel
pengensehat.com kali ini kita akan mendedahkan empat jenis makanan yang terbukti
dapat membersihkan paru-paru secara semulajadi dan pantas. Semua perokok wajib
membaca artikel ini.
Salah satu efek paling
merugikan dari rokok adalah kesan candu yang ditimbulkannya. Penyebabnya adalah
nikotin yang merupakan zat ketagihan yang menimbulkan perasaan candu dalam diri
perokok.
Nikotin mempengaruhi keseimbangan kimia dalam otak terutama
hormon dopamine dan norepinephrine yang mengendalikan rasa puas, rileks dan
bahagia.
Apakah makanan yang boleh membersihkan paru-paru perokok dalam
masa yang singkat?
Makanan untuk membersihkan paru-paru
Jika seseorang mengisap rokok, nikotin di dalamnya akan
merangsang otak untuk menghasilkan sedikit dopamin, akibatnya si perokok akan
merasa rileks dan nyaman. Alam bawah sedar kemudian terus menerus meminta agar
dopamin dihasilkan dengan lebih banyak, caranya dengan terus menambah
pengambilan rokok.
Sayangnya, kebiasaan merokok ini memberi kesan kepada organ
tubuh yang lain. Sebatang rokok diketahui mengandungi ratusan zat bahan kimia
berbahaya seperti amonia, karbon monoksida, nikotin, kromium, kadmium, plumbum,
dan lain-lain. Memasukkan bahan-bahan kimia ini ke dalam tubuh sama dengan
meracuni tubuh sendiri.
Sebuah kajian pernah dilakukan terhadap paru-paru perokok.
Hasilnya, orang yang menghabiskan satu bungkus rokok setiap hari berisiko
mengalami kanser paru-paru 20 kali lebih besar dibandingkan dengan mereka yang
tidak merokok, di mana sebahagian besar kes kanser paru-paru baru muncul ketika
perokok telah mencapai usia di atas 40 tahun.
Selain kanser, perokok juga berisiko mengalami jangkitan
paru-paru yang dimulakan dengan gejala batuk kronik dan sering bercampur darah.
Pada umumnya perokok mengabaikan gejala ini sampai akhirnya struktur paru-paru
jadi rosak sehingga tidak dapat berfungsi dengan normal dan akhirnya akan
menimbulkan komplikasi pada jantung.
Tidak ada cara untuk menghindari penyakit-penyakit di atas
selain berhenti merokok dan mulaikan menjalani gaya hidup yang sihat. Tapi bagi
anda yang masih sangat sukar untuk berhenti merokok, di bawah ini kami sediakan
beberapa jenis makanan yang boleh anda ambil untuk membersihkan paru-paru anda
dari racun dan zat kimia berbahaya.
4 Makanan Untuk Membersihkan
Paru-Paru
Khabar baiknya adalah para ilmuwan baru-baru ini mengumumkan
beberapa jenis makanan yang terdiri daripada buah dan sayuran yang mengandungi
zat yang dapat membersihkan paru-paru dari zat kimia berbahaya dari rokok
secara pantas.
1. Halia
Halia memiliki sifat antiseptik dan antibakteria dan juga
membantu saluran bronkial untuk menghilangkan zat-zat berbahaya dari paru-paru.
Manfaat yang umumnya langsung terasa oleh perokok setelah memakan Halia adalah
pernafasan jadi lega dan nyaman. Cara terbaik untuk memakannya adalah dengan
mengunyah sepotong halia segar untuk membuka saluran pernafasan yang tersumbat.
2. Jeruk bali
Jeruk bali memiliki khasiat yang sangat besar bagi kesihatan
terutama untuk melawan kanser paru-paru. Buah ini sangat kaya dengan
antioksidan yang dapat membantu tubuh mencegah sel kanser daripada tumbuh.
Menurut seorang pengkaji bernama Dr. Corrine Hanson, grapefruit
atau jeruk bali juga kaya vitamin C yang menyebabkan buah ini memiliki
kemampuan menghalang enzim yang dapat mengaktifkan sel kanser paru-paru.
Perbanyakkanlah memakan jeruk bali jika anda seorang perokok aktif.
3. Selenium
Selenium adalah mineral yang merangsang enzim dan berkerjasama
dengan vitamin E membantu dalam memperkuat membran paru-paru. Hasil penelitian
mendapati kadar selenium dalam tubuh berbanding terbalik dengan jumlah sel
kanser. Ertinya jika selenium banyak, maka sel kanSer akan menurun atau mungkin
hilang, begitu pula sebaliknya.
Mineral Selenium banyak ditemukan dalam tembikai, cendawan,
tiram, bayam dan ubi jalar. Jika anda seorang perokok, anda wajib mengambil
makanan-makanan tersebut untuk meningkatkan daya tahan tubuh dan membersihkan
paru-paru anda dari racun.
4. Bawang Putih
Kajian pernah dilakukan di Jiangsu Provincial Centre for Disease
Control and Prevention di China. Hasil keputusan mendapati, rajin memakan
bawang putih minimum dua kali seminggu dapat menurunkan risiko kanser paru
sampai 44%.
Bawang putih dikenali
mengandung antioksidan yang dapat mengurangkan radikal bebas dalam tubuh dan
mengandungi allicin yang berfungsi untuk menghilangkan inflamasi dalam tubuh.
Itulah empat jenis makanan yang dapat membersihkan paru-paru
dari racun akibat merokok. Selain keempat makanan tersebut, anda juga boleh
memakan nagka belanda/durian belanda sebagai ubat penyakit kanser. Semoga
bermanfaat, jangan lupa sebarkan artikel ini kepada rakan anda yang perokok
aktif.
0 comments:
Post a Comment