Bagaimana perasaan bagi manusia jika
dirantai? Sudah tentu, fikiran menjadi tidak keruan dan tertekan.
Begitu jugalah dengan haiwan, mereka memerlukan kasih sayang dan
sikap empati daripada manusia bagi meneruskan kehidupan.
Seekor anak orang utan berusia 18 bulan, dijumpai dalam sebuah
rumah dalam keadaan dirantai serta terkurung.
Bonita, telah menetap di
sebuah rumah di Borneo dalam keadaan yang mendukacitakan selama enam bulan.
Penduduk kampung di sana
bukanlah ingin menderanya tetapi ingin memelihara Bonita sebagai haiwan
peliharaan.
Penjagaan orang utan bukannya perkara mudah. Pelbagai aspek kebersihan, pemakanan malah kesihatan mental dan fizikal perlu diberi perhatian.
Di dalam rumah tersebut, Bonita tidak boleh bergerak banyak kerana rantai tersebut sangat pendek dan mengetatkan lehernya
Selain itu, Bonita mengalami masalah kekurangan zat makanan. Pemakanan yang diberikan adalah tidak sesuai kerana diberi makanan biskut, nasi, tebu, roti dan susu bayi.
Pergerakan yang terhad telah menjadikan fizikalnya turut tidak cergas dan tidak sihat.
Tuah ternyata menyebelahi diri Bonita. Sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, International Animal Rescue (IAR) mengunjungi rumah tersebut lalu menyelamatkannya.
IAR merupakan organisasi yang banyak membantu haiwan-haiwan terancam daripada menjadi mangsa kerakusan manusia.
Orang utan kini
diklasifasikan sebagai haiwan terancam disebabkan oleh industri kelapa sawit
dan sindiket jual haiwan secara haram.
IAR turut mendapat
kerjasama yang baik daripada pihak tuan rumah kerana mereka turut sedar bahawa
tidak mampu menjaganya pada tempoh yang panjang.
Pihak IAR percaya, orang utan ini bukan
sengaja ditinggalkan oleh ibunya kerana ibu orang utan tidak mampu berpisah dengan
si anak.
Kini, Bonita berada dalam keadaan selamat dan sihat di bawah
pengawasan IAR.
Si comel ini
dikuarantinkan terlebih dahulu sebelum diperkenalkan dengan orang utan yang
lain yang senasib dengannya.
Bonita juga pasti teruja
kerana selepas ini, dia boleh hidup dengan lebih aktif dan banyak berinteraksi
dengan kawan-kawan baru.
0 comments:
Post a Comment