Adakah kucing dapat meluahkan perasaan mereka seperti manusia?
Kita semua tahu yang mungkin mereka tidak boleh berbuat begitu. Mereka tidak
mempunyai ekspresi muka untuk memberitahu sama ada mereka sedih, gembira,
teruja atau takut, bukan? Jawapannya salah. Kucing juga mempunyai perasaan, dan
mereka boleh menunjukkannya kepada kita semua!
Contohnya kucing yang bernama
Lulu ini menjadi tular di internet dengan wajahnya yang sedih, walau
bagaimana gembiranya ia! Kucing ini telah dinobatkan sebagai kucing tersedih di
dunia!
Mari lihat akan gambar-gambar
di bawah
Bermain dengan jaket ibunya. Ia
berasa gembira tetapi ekspresi wajahnya memberitahu kita yang ia berfikir
mengapa jaket itu harus berwarna hijau selain berwarna biru!
Ini wajah Lulu
ketika ia bergelar anak kucing! Nampaknya ia sangat risaukan keadaan di dunia
ini sehingga tekanan perasaan membebani dirinya.
Lulu sentiasa
dibantu dan diberikan kasih sayang yang secukupnya dari pemiliknya, tetapi
kenapa wajahnya begitu sedih?
Ini adalah
adik beradik Lulu yang lain. Tetapi kedua-dua mereka tidak berwajah sedih.
Nampaknya, Lulu sememangnya tidak mahu mengambil gambar ini pada mulanya!
Lulu juga
diberikan tempat permainannya sendiri dan sentiasa berasa seronok untuk
bermain, tetapi apabila kita mendekatinya…
Walaupun tidak
pasti apa yang ia sedang fikirkan, nampaknya ia macam benar-benar berasa risau.
Mungkin kerana ada tupai , atau mungkin burung yang datang makan atau
minum di tempat makan burung itu… Aduhai! Risaunya…
Adakah anda
berasa sampai hati dengan tidak melayannya apabila Lulu berwajah begini?
Atau apabila
anda melihat ia dengan wajah yang begini?
Lulu ada semua
barang permainan yang ia mahu, tetapi dengan ekspresi wajah sebegitu… bagai
bola itu terlalu kecil…
Ekspresi wajah
ini apabila anda mahu pergi bekerja… Kemudian berfikir kalaulah boleh membawa
ia bersama…
Lulu mungkin
berasa terkejut dan risau dengan sebab yang ketara, walaupun ia sekadar diusap
dengan kasih dan sayang…
Berikan sahaja
anak kucing ini masanya untuk berehat…
Sememangnya Lulu si kucing
comel ini adalah kucing tersedih yang paling gembira sekali di dunia… Mari
berkongsi foto ini dengan rakan anda yang lain!
0 comments:
Post a Comment