Mungkin
kedengaran agak kejam, tetapi ramai yang tidak tahu kegiatan melapah dan
menyembelih haiwan comel ini sedang berleluasa di negara kita.
Malah, seekor kucing juga dijual dengan harga serendah RM12 seekor.
Perkara tersebut berlaku kerana permintaan terhadap daging kucing kini amat tinggi di kalangan warga asing yang menetap di negara ini.
Daging kucing bukan sahaja menjadi santapan kegemaran warga asing, ianya juga sangat popular di kalangan pengusaha restoran makanan eksotik.
Menurut seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Ruslan, dia menjalankan kegiatan menyembelih dan melapah daging kucing apabila mendapat permintaan sahaja.
”Saya selalu menjual daging kucing kepada warga Vietnam kerana mereka amat meminati daging haiwan tersebut.
”Ada juga pemilik restoran yang membuat tempahan tetapi saya tidak pasti di mana kedainya beroperasi.
”Jual daging kucing ini tak boleh nak promosi kepada orang sebab takut nanti ada yang marah dan buat laporan,” katanya kepada Harian Metro.
Kegiatan menjual daging kucing ini juga dilaporkan paling banyak di sekitar Klang, Selangor.
Setelah disiasat, warga asing menjual daging kucing melakukan kegiatan tersebut kerana mahu mendapatkan wang tambahan.

0 comments:
Post a Comment