Seorang lelaki di Russia
telah menjumpai seekor anak kucing yang ditinggalkan di dalam bangsal miliknya.
Setelah beberapa hari anak kucing dibiarkan sendirian oleh
ibunya, lelaki ini telah mengambil keputusan untuk membela anak kucing ini.
Pada
mulanya, anak kucing ini kelihatan seperti seekor anak kucing yang biasa.
Namun,
setelah beberapa bulan, tompok-tompok hitam mula kelihatan di bahagian kepada
dan kucing ini turut mempunyai kelakuan yang berbeza dengan kucing-kucing yang
lain.
Lelaki itu kemudiannya menghubungi sebuah pejabat haiwan berdekatan
yang kemudiannnya mengesahkan bahawa baka kucing yang dipeliharanya adalah
berasal dari Asia Tengah dan merupakan spesisi terancam.
Kucing baka ini kelihatan seperti kucing peliharan yang lain
namun mempunyai tompok-tompok hitam pada bahagian kepala dan mempunyai gelang
hitam pada bahagian hujung ekornya.
Setelah
usia kucing ini mencapai usia dewasa, lelaki ini kemudiannya melepaskan ia
kembali ke dalam habitat semulajadinya, hutan.
0 comments:
Post a Comment