Ada seekor kucing jantan. Dalam usia yang masih muda. Kucing
ini seekor kucing peliharaan.Bukan gelandangan. Disayangi oleh pemeliharanya
sekelurganya. Mereka bukan sahaja menjaga makan dan minumnya, tapi juga
kesihatannya.
Justeru mereka
tidak mempunyai anak kecil lagi kucing ini dilayang seumpama anak mereka
sendiri. Makan minum cukup istimewa. Kalau sakit dibawa ke doktor untuk
diperiksa dan diubati.
Kucing ini
walaupun dijaga dengan begitu rapi, kalau keluar dari rumah atau rebannya, dia
akan menyelinap keluar pagar bermain-main di luar kawasan rumah, biasanya
mencari kawan-kawan, dan juga gewang. Tapi pemergiannya tidak lama, dia akan
segera balik.
Tapi pada suatu
hari dia tiba-tiba menghilangkan diri.Sejak keluar dari rumah pada waktu pagi,
dia tidak balik-balik ke rumah sehingga malam hari. Puas tuannya
menunggu-nunggu dengan seribu persoalan, kucing itu tidak mucul-muncul juga.
Pagi besoknya mereka
keluarnya mencari-cari si kucing di sekitar kawasan perumahan mereka. Tapi
kucing itu tidak juga diketemui. Entah ke mana lesapnya. Mereka balik ke rumah
dengan hampa, namun berharap kucing itu akan balik juga nanti.
Waktu tengah
hari, kebetulan hari cuti, seorang jiran memberitahu kepada mereka, dia pernaht
terlihat kucing itu telah dilanggar kereta waktu sedang tidur di tengah jalan.
Dia tercedera.
Ini berita yang
mengejutkan. Maka kedua-dua suami isteri itupun, dengan bantuan anak mereka, melancarkan
gerakan pencaraian yang lebih intensif. Jaringan kawasan pencarian
diperluaskan. Namun begitu, pencarian tetap gagal.
Mereka balik ke
rumah dengan hampa. Pada tomahan mereka, kucing mereka telah terkorban.
Entah di mana kuburnya. Tidak diketahui. Namun mereka tetap meredakannya. Kalau
sudah ajal tidak ada siapa pun yang boleh menghalangnya. Seperti umur manusia
juga.
Kucing lain
boleh dicari nanti. Masih ada kucing gelandangan yang tidak berumah akan sampai
nanti di pintu pagar. Pilih yang mana satu. Atau pergi ke kedai-kedai jualan
haiwan, pilih dan beli kucing lain yang disukai. Tidak pelik. Bukan sahaja
kucing, anak-anak manusia pun boleh dibeli kalau berduit dan tahu caranya.
Tapi pada suatu
ketika, beberapa hari kemudiannya, tiba-tiba kucing yang hilang itu muncul
kembali di halaman rumah tuannya. Keadaannya amat parah sekali. Seluruh
badannya berlumuran dengan darah. Dia tercedera parah. Amat tidak berdaya.
Kucing itu
segera dibawa berjumpa doktor. Dia tidak boleh dibiarkan mati begitu sahaja
tanpa rawatan yang sewajarnya. Setelah dijalankan pemeriksaan yang terliti,
sebelah tulang rahangnya didapati telah patah.
Tulang rahang
yang patah itu perlu dirawat. Ia memerlukan pembedahan. Sekeping besi telah
dimasukkan ke rahangnya untuk membetulkan tulang rahang itu.
Dia ditahan
dalam wad selama beberapa hari dalam usaha pemulihannya. Kemudian baru
dibenarkan pulang. Seperti rawatan terhadap manusia juga yang tercedera
mana-mana tulang, doktor akan memasukan kepingan besi untuk membantu
penyembuhannya.
Kalau dulu,
zaman saya kanak-kanak dulu, kalau ada haiwan-haiwan yang tercedera kepatahan
tulang, seringnya ayam, tidak dibawa ke doktor. Doktor haiwan pun mungkin tidak
ada pada waktu itu. Bukan seperti sekarang. Berlambak. Biasanya yang patah
ialah tulang kaki, paha atau sayapnya.
Untuk merawatnya
mudah sahaja. Biasanya yang buat kerja ini adalah kanak-kanak seperti kami masa
itu. Kami tumbuk garam dan kunyit sampai hancur. Dengan menggunakan secarik
kain buruk, kami balut garam kunyit di tempat yang patah itu, dan lepaskan
sahaja biar dia berjalan. Biasanya tidak lama kemudian ayam itu akan sembuh
seperti biasa. Saya telah lupa berapa lama, ia mengambil masa untuk sembuh.
Perbelanjaannya tidak sampai dua sen untuk harga dua sudu garam. Kunyit tidak berbeli, ditanam sendiri di tepi rumah.
Tapi saya tidak pasti pula, bagaimana kalau yang patah itu tulang rahang, apa yang patut kami buat, kerana ianya tidak pernah berlaku di zaman kami itu. Tidak ada ayam atau kucing yang patah tulang rahang di kampung yang tidak ada kenderaan bermotor pada waktu itu.
Nasib baik kucing itu hidup di zaman sekarang, tidak seperti zaman saya kanak-kanak dahulu.
Tapi hari ini pembedahan untuk kucing yang patah tulang, bukanlah murah. Ratusan ringgit, kalau tidak ribuan, tergantunglah kepada sejauh mana komplikitednya kerja-kerja pembedahan yang dijalankan oleh doktor itu. Dan tergantung juga kepada ubat-ubatan yang akan menysul nanti.
Barangkali
itulah antara sebabnya, ada ibu bapa yang mempunyai anak yang bercita-cita
untuk menjadi doktor, menasihati mereka supaya menjadi doktor haiwan.
Permintaannya bertambah banyak dari masa ke masa, dan perolehan kembalinya
tidak pula kecil, kalau tidak sebesar khidmat terhadapa makhluk yang bernama
manusia. Risikonya pun tidak begitu besar seperti berdepan dengan manusia.
Sudah beberapa
hari berada di dalam wad, kucing itu dibenarkan pulang. Mengikut nasihat
doktor, kucing itu perlu dijaga dengan rapi. Makanannya perlu disuap kerana dia
tidak boleh makan sendiri. Kucing itu tidak boleh dibiarkan keluar rumah, boleh
membuatnya menjadi tertekan, yang akan meganggu otaknya. Mungkin boleh membuat,
dia menjadi kucing gila.
Demikianlah
setiap hari kucing itu dilayan dengan penuh kasih sayang. Seperti melayan
manusia yang menghidap sakit kronik. Makannya terpakasa disuap. Air terpaksa
diminumkan. Nasib baik, anunya tidak perlu dibasuh, kalaudia kencing dan berak.
Mereka yang mengetahui kisah kucing itu mungkin akan melahirkan rasa simpati dan kasihan terhadap nasib malang si kucing terpaksa menanggung kepedihan yang begitu di dalam hidupnya. Tidak mungkinkah mereka merasa kasihan dan simpati yang terpaksa terpaksa ditanggung oleh tuannya yang menghabiskan sebahagin daripada masa hidup mereka untuk memberi layanan yang begitu rupa pada seekor kucing. Dan tidak mungkinkah mereka merasa simpafi di mana si pemelihara kucing terpkasa menggunakan sebahagian daripada bajetnya untuk dikongsikan bersama dengan kucing?
Beberapa minggu lagi, kucing itu terpaksa dibawa pula menemui doktor, untuk dibedah lagi, membuang besinya, bila tulang rahangnya telah sembuh kembali waktu itu.
Dan tentunya
khidmatnya bukan percuma. Sememangnya tidak ada benda yang percuma dalam dunia
ini, Kecuali cahaya mata hari yang memancar di langit siang, cahaya bulan yang
mengembang di sebalik awan waktu malam, cahaya bintang-gumintang yang
bergayutan di angkasa biru di malam hari, dan udara sekeliling yang bergerak
bebas yang kita sedut untuk bernafas.
Seperti yang
saya katakan, kucing itu amat bertuah hidup di zaman mutakhir ini. Demikian
juga dengan haiwan-haiwan yang lain, Di zaman manusia amat prihatin terhadap
nasib haiwan. Malah kadang-kadang, terutama di Barat manusia nampaknya
berindak, lebih kehaiwanan daripada kemanusiaan. Haiwan yang Allah jadikan
untuk makanan manusia itu pun mereka sediakan peraturan yang sulit untuk
menyembelihnya.
Sesetengah pemelihara burung ketitir atau merbuk dan burung candik di negara kita mungkin dapat merasakan apa yang diandaikan ini. Mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk binatang kesayangan mereka. Betul atau tidak!
Sesetengah pemelihara burung ketitir atau merbuk dan burung candik di negara kita mungkin dapat merasakan apa yang diandaikan ini. Mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk binatang kesayangan mereka. Betul atau tidak!
0 comments:
Post a Comment