Siapa sangka bahawa kehidupan seorang
gelandangan yang terseksa untuk mencari makanan bagi dirinya sendiri, melupakan
perkara tersebut untuk memenuhi hasratnya memberi makan kepada kucing terbiar
setiap hari.
Seorang gelandangan dari Thailand yang dikenali sebagai Loong
Dum menjual limau setiap hari di tepi-tepi jalan supaya beliau mendapat wang
yang cukup untuk membeli makanan kepada kucing-kucing terbiar.
Kisah ini mula diketahui
oleh pemuda wanita, Warunya Wattanasupachoke, yang ternampak seorang gelandangan
menjual limau dengan papan tanda yang menyatakan, “20 bath setiap bag,
keuntungan akan digunakan untuk memberi makan kepada kucing terbiar.”
Dia bertindak membeli beberapa beg limau
sebelum mengetahui bahawa lelaki gelandangan tersebut mendapat bekalan limau
dari masyarakat sekitar yang menderma buah tersebut kepadanya.
Tindakan Loong Dum yang memberi makan kepada kucing terbiar
adalah dorongan dalam dirinya yang menganggap bahawa kucing merupakan
keluarganya, dan mereka memerlukan beliau.
Lelaki ini akan memastikan kucing-kucing
ini diberi makan setiap hari walaupun tidak cukup makanan untuk dirinya sendiri
pada hari-hari tertentu.
“Saya tidak mengapa melangkau waktu makan, tetapi
kucing-kucing ini perlu makan,” kata Loong Dum.
Selepas kisahnya diketahui
umum dan menjadi tular di media sosial, ramai rakyat Thailand yang menawarkan
diri untuk membantu.
Bantuan yang diberi
termasuklah membeli limau darinya secara berterusan, dan ada antara mereka yang
memberinya bekalan makanan kucing untuk dia memberi makan kepada kucing jalanan.
Baru-baru ini terdapat
masyarakat yang baik hati memberi khidmat gunting rambut percuma kepadanya,
pakaian baru serta beberapa bekalan lain.
Kemudiannya, beliau terus
menjalankan tugas beliau menjual limau di jalanan supaya kucing-kucing yang
jelas sekali disayanginya diberi makan.
Tabiat menghukum dan melabel seseorang
berdasarkan penampilan tidak seharusnya berlaku dalam kalangan manusia.
Melihatkan dari perbuatan Loong Dum, dia pastinya memiliki hati yang mulia,
malah lebih mulia dari kita yang nasibnya lebih baik.
Era Baru
0 comments:
Post a Comment