Taksir Mimpi.
Di bawah ini kami senaraikan tafsir mimpi mengikut peristiwa yang
dimimpikan. Senarai tafsir mimpi ini tidak semestinya betul dan tepat, tidak
juga boleh dipercayai 100% melainkan jika ia disebut dalam Al-Quran atau hadis
nabi secara jelas.
Senarai tafsir mimpi ini sekadar rujukan dan panduan sahaja. Hakikat
sebenar tentang maksud mimpi kita hanya Allah sahaja yang tahu. Kadang2 mimpi2
itu hanyalah mainan tidur. Kadang2 ia merupakan alamat atau tanda untuk kita
mendapatkan sesuatu atau berlaku sesuatu perkara.
Berdoa dan berserahlah kepada Allah. Hanya kepada-Nya tempat kita
percaya dan bergantung harap. Usah percaya kepada ramalan dan tafsir
mimpi yang entahkan benar, entahkan tidak. Kerana ia boleh mendekatkan kita
dalam keadaan syirik kepada Allah. Nauzubillah…
1. Bermimpi menunaikan
solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2. Bermimpi berlaku
perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan
dunia dan akhirat.
3. Bermimpi memasuki
masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan
mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam
kesakitan ia akan segera sembuh.
4. Bermimpi beri
sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia.
5. Bermimpi memohon
doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda alamatnya anda akan
terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan.
6. Jika bermimpi
membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda.
7. Jika bermimpi
berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat
besar.
8. Jika bermimpi diri
anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa.
9. Bermimpi
sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia
dan akhirat.
10. Jika bermimpi
melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda
lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah
anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan
akhirat.
11. Jika bermimpi
melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat
berita yang gembira.
12. Jika bermimpi
melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan
Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda
akan mendapat keuntungan yang besar.
13. Jika bermimpi
melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran.
14. Bermimpi perisai
terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang
kejahatan
15. Bermimpi mengenai
anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah
orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang.
16. Bermimpi memanah
kayu menandakan akan berlaku kematian.
17. Bermimpi bermain
besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan
kejayaan.
18. Bermimpi bermain
dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada
apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa
petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat.
19. Bermimpi memakai
gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
20. Bermimpi duit
terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh.
21. Bermimpi
bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh
atau berpangkat besar.
22. Bermimpi berkain
hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah
Taala.
23. Bermimpi memakai
kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar.
24. Jika bermimpi kain
di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju
alamat kematiannya.
25. Bermimpi mengenai
bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati.
26. Jika bermimpi bunyi
rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup.
27. Jika bermimpi makan
kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan
dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai.
28. Bermimpi makan gula
alamatnya seseorang akan berduka cita.
29. Bermimpi makan
makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berdukacita Jika bermimpi
memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa.
30. Sekiranya bermimpi
diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
31. Jika bermimpi muka
anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
32. Jika bermimpi gigi
anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
33. Jika bermimpi diri
anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan
harta.
34. Jika bermimpi
dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
35. Jika bermimpi rumah
anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
36. Jika bermimpi naik
ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia
dan akhirat.
37. Jika bermimpi
membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat
dalam kerjaya anda.
38. Jika bermimpi
melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat.
39. Bermimpi tangga
rumah patah menandakan anda akan dikhianati.
40. Sekiranya di dalam
mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna.
41. Jika bermimpi tidak
boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan
memperoleh harta atau ilmu.
42. Sekiranya anda
bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda
akan dipermuliakan orang.
43. Bermimpikan ayam
sambung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
44. Jika bermimpi
melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan
sesuatu, segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah
yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat.
45. Sekiranya seseorang
bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga.
46. Jika bermimpi
melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di
dunia dan akhirat
47. Jika di dalam mimpi
seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat
pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan.
48. Sekiranya bermimpi
melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w.
49. Sekiranya bermimpi
melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat
kebajikan.
50. Jika bermimpi
memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan
harta yang halal.
51. Jika bermimpi mata
atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan
sempurna.
52. Jika bermimpi
mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung.
53. Jika bermimpi
berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar.
54. Jika bermimpi
memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri.
55. Bermimpi membuang
darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit.
56. Jika bermimpi paras
anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak.
57. Jika bermimpi diri
anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup
semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh.
58. Sekiranya diri anda
bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan.
59. Jika bermimpi
kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang
banyak.
Sebahagian dari mimpi yang kita alami
mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu
kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku
apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena
tidur sehingga sebelum waktu subuh. Setiap perkara yang berlaku,
berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah S.W.T lah yang maha
mengetahu
0 comments:
Post a Comment