ALOR SETAR - Pengguna serta pembeli
dinasihatkan supaya memboikot dan tidak membeli makanan daripada peniaga yang
tidak menjaga kebersihan dan mengabaikan keselamatan makanan ketika berniaga di
bazar Ramadan sekitar negeri Kedah.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr.
Norhizan Ismail berkata, pengguna perlu membuat pilihan yang bijak dan memilih
premis yang bersih serta mematuhi peraturan yang ditetapkan demi menjaga
kesihatan dan mengelakkan dari terkena kes keracunan makanan.
"Buat masa ini kita tidak terima
aduan lagi, tetapi kita ada dengar cakap-cakap orang makan sampai sakit perut,
jadi saya mohon pengguna segeralah buat aduan kepada kita agar tindakan tegas
dapat kita lakukan," katanya selepas mengadakan "Ops Bazar
Ramadan" di Taman Mahsuri di Jitra.
Operasi yang diadakan tersebut
dianggotai oleh 40 pegawai dan anggota yang terdiri kakitangan Pejabat
Kesihatan Daerah Kubang Pasu, pegawai Jabatan Kesihatan negeri dan anggota
Penguat kuasa Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP).
Operasi tersebut dijalankan bermula
pada jam 4.30 petang sehingga jam 7 malam.
Sekiranya peniaga atau pengendali
makanan didapati tidak mematuhi etika pemakanan dan tidak menjaga kebersihan
mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kompaun maksimum sebanyak
RM5,000 boleh dikenakan
0 comments:
Post a Comment