ALOR SETAR - Sebuah rakaman video
menjadi tular di laman sosial dimana seorang kanak-kanak yang baru berusia tiga
tahun dipaksa menghisap dadah oleh bekas teman lelaki ibunya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah,
SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, pihak polis kini sedang dalam usaha
untuk menyelamatkan mangsa setelah mendapat laporan daripada neneknya yang
menetap di Gurun.
“Pada Isnin lalu, nenek mangsa melihat
tujuh rakaman video yang telah dihantar oleh seorang lelaki yang merupakan
bekas teman lelaki menantunya. Di dalam rakaman tersebut, cucunya dilihat dalam
keadaan tidak berbaju dan khayal selepas diberi dadah jenis syabu oleh suspek.
“Nenek mangsa tidak pasti sama ada
kejadian dilihat melalui rakaman video tersebut benar atau tidak kerana cucunya
tinggal bersama ibu kandungnya dan bukan dengan bekas teman lelaki ibunya,”
katanya.
Justeru itu, nenek mangsa kini dalam
usaha untuk menuntut semula hak penjagaan ke atas cucunya kerana bimbang mangsa
akan terus dijadikan hamba dadah dan dipaksa melakukan perkara diluar kawalan.
Sementara itu, pihak polis kini sedang
giat mengesan suspek yang telah dikenal pasti identitinya demi menyelamatkan
kanak-kanak malang terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)
Akta Kanak Kanak 2001. -
0 comments:
Post a Comment