ALOR SETAR - Masalah ketiadaan bekalan
air yang cukup telah menyebabkan 40 pesawah sekitar Kampung Batu 8, Jalan
Tokai, Pendang alami mimpi ngeri kerana anaman padi mereka seluas 60 hektar
tidak menjadi.
Pesawah, Fadhil Ahmad, 69, berkata
masalah ini bukanlah sesuatu yang baru bagi mereka kerana ianya sering kali
berlaku sejak dari tahun 2005 dan sehingga kini ia masih belum diselesaikan.
“Masalah bermula apabila pihak Mada
(Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) membina kok v (pembetung V) bagi memastikan
air mengalir masuk ke sawah,” katanya.
Menurutnya, pesawah-pesawah di kawasan
tersebut dahulunya membantah pembinaan pembentung V, namun rungutan dan
bantahan pada tahun 2005 tersebut langsung tidak diendahkan.
“Sebelum depa buat kok V kami dapat air
elok, tak pernah ada masalah tapi lepas kok V dibina air mula tidak masuk petak
sawah.
“Bertahun kami hadapi masalah ni,
sehingga kami ambil keputusan untuk kumpul duit dan tenaga buang kok V yang
Mada buat dan dalamkan saliran, tapi masalah tetap tak selesai,” katanya
lagi.
Justeru itu, pesawah memohon agar MADA
segera membina pembentung U bagi membolehkan air masuk semula ke petak sawah
mereka, jika gagal maka mereka bakal mengalami kerugian dan terbeban ekoran
pendapatan yang merosot.
“Macam mana nak makan dan tanggung
keluarga kalau tanah sawah yang seluas satu relung hanya hasilkan empat guni
padi,” soal seorang pesawah, Hashim Sharif, 60.-
0 comments:
Post a Comment