Ribuan Kucing
Hampir Dijadikan Hidangan | Kejam!!
Itu sahaja yang mampu puteri gambarkan bila membaca kisah tentang ribuan kucing
yang dipercayai diseludup masuk dari China untuk dijadikan hidangan di Vietnam.
Menurut laporan itu daging kucing dianggap hidangan istimewa di
Vietnam. Malah penduduk di sana menganggap kucing sebagai harimau kecil.
Polis
menahan sebuah lori dan mendapati bahagian belakang lori penuh dengan kucing.
Ribuan kucing yang malang itu berada dalam keadaan begitu menyayat hati,
dikurung dalam sangkar buluh yang sempit dan disusun berhimpit-himpit antara
satu sama lain.
Pasti
sangat menyedihkan melihat kucing-kucing itu dalam keadaan sedemikian. Malah
dianggarkan lori tersebut membawa kira-kira 3,000 kilogram muatan kucing yang
masih hidup.
Biarpun
kerajaan Vietnam telah mengharamkan daging kucing untuk dijadikan hidangan,
namun dikatakan masih banyak restoran yang menyajikan daging kucing sebagai
salah satu menu mereka.
Namun
biarpun ribuan kucing dalam lori itu telah diselamatkan dari menjadi menu
hidangan, menurut undang-undang kucing-kucing tersebut tetap perlu dilupuskan.
Tetapi memandangkan jumlah kucing-kucing itu agak besar, pihak berkuasa masih
memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sedih
kan bila mengenangkan nasib kucing-kucing tersebut. Kejamnya manusia.
Sanggup nak jadikan kucing sebagai hidangan.
0 comments:
Post a Comment