Sebuah
keluarga (Keluarga Narushima) di Jepun telah menyelamatkan seekor anak kucing
yang baru dilahirkan dikawasan kejiranan mereka. Semasa menjumpai kucing
tersebut, mereka mendapati keadaan kucing tersebut agak menyedihkan
dan didapati ditinggalkan ibunya. Anak kucing tersebut dianggarkan berusia
3 hari.
Mereka menamakan anak kucing tersebut Koma (こま)
yang membawa maksud Teratas ( Top ). Pemilik kucing tersebut Mai Narushima berkata dia
memilih nama berkenaan kerana ingin menunjukkan yang Koma sentiasa berada
ditempat paling tinggi dalam keluarganya.
Keluarga
Narushima bercadang untuk mengabadikan kenangan perkembangan Koma yang sedang
membesar dengan cara yang paling unik. Apabila mereka ternampak sebuah patung
Ultraman (yang pada ketika itu mempunyai saiz yang sama dengan Koma), mereka
merasakan patung Ultraman tersebut amat sesuai untuk dijadikan teman Koma &
bergambar bersama-samanya.
Mereka
kemudiannya meletakkan patung Ultraman tersebut disebelah Koma dan kelihatan
seakan-akan Ultraman sedang menjaga & menjadi BFF kepada Koma.
Sehingga kini, Koma telah berusia 1 tahun lebih dan telah melebihi
saiz Ultraman yang menjaganya. Unik tak idea mereka ini?
0 comments:
Post a Comment