Gambar haiwan itu yang duduk
di atas penutup lubang pembentungan di satu kawasan di Belgorod, Russia,
pertama kali dirakam pada 2015.
Ia dilapor datang ke tempat yang sama setiap hari sejak
ditinggalkan, seolah-olah menunggu tuannya.
Kisah kucing yang ditinggalkan itu dimuat naik ke Facebook oleh
pengguna bernama Ostap Zadunayskiy.
Menurut lelaki berkenaan, dia
mendapat tahu pemilik kucing terbabit pernah tinggal di kawasan berhampiran
sebelum berpindah selepas menjual apartmentnya.
Menurut penduduk tempatan, mereka melihat kucing itu berlari
mengejar tuannya apabila ditinggalkan.
Ia tunggu di tempat yang sama sejak itu.
“Inilah contoh kekejaman manusia dan kesetiaan haiwan sebenar,”
kata Zadunayskiy.
Dia turut memuji tindakan penduduk tempatan yang memberi kucing
itu makan setiap hari.
Ramai pengguna memetik kata-kata dari buku The Little Prince
karya Antoine de Saint-Exupery, yang mengatakan: “Anda bertanggungjawab
selamanya ke atas apa yang sudah anda jinakkan.”
Bagaimanapun, ramai juga yang curiga dengan cerita itu dan
berpendapat kucing itu memang ada di situ kerana ia diberi makan setiap hari.
0 comments:
Post a Comment