Berita kematian ‘Abang’
dikongsi seorang pengguna akaun Facebook, Azreen MJ iaitu anak kepada tuan
kucing tersebut yang dikenali sebagai Atok.
Menurut Azreen, ‘Abang’ cukup terkesan dengan pemergian arwah
bapanya yang amat rapat dengan kucing tersebut.
Malah, katanya, ‘Abang’ turut berubah karakter daripada seekor
kucing yang manja dan lincah menjadi tidak aktif sejak kematian bapanya.
“Dia kini menjadi sekurus-kurus kucing. Makan pun tak mahu,
hanya duduk termenung menanti kepulangan sahabatnya yang telah kembali ke
rahmatullah,” katanya.
Jelas Azreen, lebih menyentuh
hati selepas hampir dua minggu diam, ‘Abang’ akhirnya mengiau setelah dia
berkata mahu membawanya ke kubur Atok.
“Dengan kuasa Allah ‘Abang’ pun bersuara meow dua kali. Air mata
aku usah cakap, bercucuran jatuh,” katanya.
Azreen berkata sebaik tiba di kubur arwah bapanya, ‘Abang’ yang
sebelum ini lemah kelihatan bertenaga dan seolah-olah sudah tahu pusara Atok.
“Satu keajaiban dalam hidupku, ia berjalan dengan tenaga yang
ada menuju sendiri ke pusara sahabatnya.
“Ya Allah, sungguh menakjubkan kuasa Allah, walhal bukan dia
tahu itu kubur tuannya, tapi dia tahu itulah pusara sahabat baik teman semakan
dan ibadah,” kata Azreen.
Beliau turut mengakui ikatan
kasih sayang antara ‘Abang’ dan bapanya amat kuat selepas melihat kucing itu
berbaring dan mencium pusara sahabatnya itu.
“‘Abang’ siap baring dan mencium puara sahabatnya. Lama juga dia
melepaskan rindu. Nampak gembira dari air mukanya. Allahurobbi,” katanya.
Namun, Azreen berkata pada malam hari yang sama, ‘Abang’ telah
pergi genap dua minggu bapanya menemui sang pencipta.
“Mungkin ini janji mereka berdua yang Allah makburkan. Tenanglah
kau disana ‘Abang’ bersama atok,” katanya.
Status Azreen itu yang
dimuatnaik pada 11 Mei lalu mendapat perkongsian sebanyak 12,902 kali dengan
16,000 like.
0 comments:
Post a Comment