Oscar adalah seekor kucing yang dipercayai dianugerah kelebihan
untuk merasai apabila seseorang itu menghampiri kematian. Dalam 50 kes yang
didokumenkan, Oscar yang telah lama duduk di hospital itu, telah duduk
disamping pesakit sebelum mereka meninggal dunia. Seolah-olah Oscar sudah dapat
merasai mereka akan pergi.
Cerita menakjubkan ini
didedahkan oleh Dr. David Dosa, seorang doktor Geriatrik dan pembantu profesor
di Universiti Brown, yang mendakwa ramalan Oscar ini jarang sekali salah dalam
tempoh enam tahun yang lalu.
Dr. Dosa mendedahkan anugerah
menakjubkan yang ada pada Oscar dan jarang sekali berlaku didalam satu artikel
pada New England Journal of Medicine pada tahun 2007. Sejak itu, kucing itu
telah mengesan dengan tepat lebih banyak kematian, serta membukitkan kepada
pakar geriatrik bahawa ianya bukan sekadar satu kebetulan. Dr. Dosa akhirnya
menulis sebuah buku mengenai pengalamannya dengan Oscar di Hospital. Ia
bertajuk ‘Making rounds with Oscar: The extraordinary gift of an ordinary cat’.
Buku ini menerangkan lebih
lanjut tentang kehidupan harian Oscar, bagaimana dia menghabiskan masanya
melangkah dari bilik ke bilik di Hospital, serta jarang menghabiskan masa
dengan pesakit yang masih mempunyai peluang untuk terus hidup. Sebaliknya,
Oscar memilih pesakit tertentu dan duduk di sebelah mereka. Selalunya pesakit
yang akan meninggal dunia dalam masa yang singkat. Jika dia duduk di luar bilik
seseorang pesakit yang akan meninggal dunia, dia akan menggaru di pintu,
seolah-olah cuba untuk memasuki ke dalam bilik.
Dalam satu contoh, Oscar melawat seorang wanita yang mempunyai
darah beku yang sangat teruk di kakinya, Oscar duduk disamping pesakit itu, dan
dia tinggal di sisinya sehingga dia meninggal dunia.
Pernah seorang jururawat
menguji Osccar dengan meletakkannya pada seorang pesakit yang mereka fikir
tidak mempunyai peluang untuk hidup, tetapi Oscar berlalu pergi dan duduk
dengan pesakit lain. Sangkakan Oscar ternyata betul – pesakit yang kedua
meninggal dunia pada hari yang sama, manakala pesakit yang pertama hidup selama
dua hari lagi sebelum meninggal dunia.
0 comments:
Post a Comment