KUALA
LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
kucing-kucingnya akan 'menjaga' rumahnya ketika beliau mengadakan lawatan ke
luar negara
Najib akan berada di Beijing dari Isnin (31
Oktober) hingga Ahad depan (6 November) dalam rangka lawatan di mana beliau
dijangka akan mengukuhkan pelaburan dan hubungan dua hala dengan China. Beliau
akan diiringi oleh puluhan pemimpin kerajaan dan ahli perniagaan.
Sebelum lawatan itu, Najib telah berkongsi
'posting' di Facebook, di mana beliau berkata kucing-kucingnya akan menjadi
tuan rumah dan akan bersuka-ria sepanjang ketiadaannya.
Mengiringi 'posting' itu adalah sekeping gambar
yang menunjukkan empat ekor kucing sedang berkeliaran di sebuah ruang, dilihat
seperti ruang tamu rumah.
"Saya akan ke China untuk lawatan rasmi
beberapa hari, jadi kucing-kucing saya ni akan jadi tuan rumah, bersuka-rialah
mereka nanti," tulisnya.
Sebelum ini Najib juga pernah berkongsi telatah
kucing beliau di media sosial.
Dalam aplikasi perkongsian foto Instagram tiga
minggu lalu, Najib berkongsi cerita tentang 'Simba'.
"Kucing saya ni namanya Simba. Bila kita
nak ambil gambar dia, bukan main pandai bergaya. Nampak saja garang, sebenarnya
comel dan manja," tulisnya.
Lawatan Najib ke China dibuat atas jemputan
Perdana Menteri China Li Keqiang.
Semasa lawatan tersebut, perdana menteri
dijadual akan melawat Beijing, Tianjin, Guan dan Zhangjiakou.
0 comments:
Post a Comment