Cerita Sedih Seekor Kucing Yang Menyelamatkan Hidup Tuannya
sangat menyentuh hati. Ini adalah kisah yang agak unik mengenai 2 sahabat yang
begitu menyentuh hati dan cerita sedih tentang bagaimana seekor
kucing “menyelamatkan” hidup tuannya setelah diselamatkan.
Bukan itu sahaja,
kucing ini memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi dan juga tuah rezeki kepada
tuannya.
Cerita Sedih Bermula
Pada awalnya, James hidup dalam keadaan kucar-kacir dan keadaan ini banyak
mempengaruhi hidupnya. Ibu dan bapanya bercerai sejak kecil. Ibunya seorang
wanita yang bekerjaya, berkahwin sekali lagi dan mereka berpindah
dari England ke Australia. Sejak itu James banyak berpindah
sekolah dan menyebabkannya bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan
budak-budak lain. Dia dikenalpasti sebagai kanak-kanak yang bermasalah dan
mengidap “ADHD”, “schizophrenia” and “manic depression”.
James akhirnya
kembali ke England kerana tidak begitu menyukai bapa tirinya. Kemudian dia
tinggal bersama kakak dan suaminya. Malangnya, ia tidak lama, dia dihalau
keluar dan tinggal dijalanan.James memulakan hidupnya dijalanan hampir 10 tahun
dengan menjual surat khabar. Dia banyak menghabiskan masa di tinggal rumah
kebajikan dan akhirnya terlibat dengan dadah. Nasibnya baik kerana bertemu
dengan ‘Belle’ yang juga merupakan bekas penagih dadah dan membantu james
mengatasi ketagihannya
Suatu hari, apabila
James membuka pintu, dia terjumpa dengan seekor kucing (BOB) yang cedera, dan
kelaparan. James pada sebelum ini hanya memikirkan tentang dirinya membuat
keputusan untuk merawat kucing tersebut sehingga pulih. Kemudian dia cuba
melepaskan kucing tersebut namun, Bob mengekorinya kemana sahaja dengan setia.
Apabila Bob
disisinya, James mendapat perhatian ramai. Mereka menjadi begitu popular di
internet sehinggalah James menerbitkan buku mengenai kisah mereka iaitu A
Street Cat Named Bob: How One Man and His Cat Found Hope on the Streets by
James BowenHidup James menjadi begitu bermakna dengan kehadiran Bob kerana
sebelum ini dia tidak dihargai dan dia bukanlah sesiapa. Kini, bukunya antara
yang terlaris dan menjadi contoh kepada para pencinta haiwan.~ Kasih sayang dan
kesetiaan sesama makhluk Allah
0 comments:
Post a Comment