Cerita Sedih Seekor Kucing Yang
Menyelamatkan Hidup Tuannya [Menyentuh Hati] |
Ini adalah kisah yang agak unik mengenai 2
sahabat yang begitu menyentuh hati dan cerita sedih tentang
bagaimana seekor kucing “menyelamatkan” hidup tuannya setelah diselamatkan.
Bukan itu sahaja, kucing ini memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi dan juga
tuah rezeki kepada tuannya
Cerita Sedih Bermula
Pada
awalnya, James hidup dalam keadaan kucar-kacir dan keadaan ini banyak
mempengaruhi hidupnya. Ibu dan bapanya bercerai sejak kecil. Ibunya seorang
wanita yang bekerjaya, berkahwin sekali lagi dan mereka berpindah dari England ke Australia. Sejak itu James banyak berpindah sekolah dan
menyebabkannya bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan budak-budak lain. Dia
dikenalpasti sebagai kanak-kanak yang bermasalah dan mengidap “ADHD”, “schizophrenia” and “manic depression”.
James akhirnya kembali ke England kerana
tidak begitu menyukai bapa tirinya. Kemudian dia tinggal bersama kakak dan
suaminya. Malangnya, ia tidak lama, dia dihalau keluar dan tinggal dijalanan.
James memulakan hidupnya dijalanan hampir 10
tahun dengan menjual surat khabar. Dia banyak menghabiskan masa di tinggal
rumah kebajikan dan akhirnya terlibat dengan dadah. Nasibnya baik kerana
bertemu dengan ‘Belle’ yang juga merupakan bekas penagih dadah dan membantu
james mengatasi ketagihannya.
Suatu hari, apabila James membuka pintu, dia
terjumpa dengan seekor kucing (BOB) yang cedera, dan kelaparan. James pada
sebelum ini hanya memikirkan tentang dirinya membuat keputusan untuk merawat
kucing tersebut sehingga pulih. Kemudian dia cuba melepaskan kucing tersebut
namun, Bob mengekorinya kemana sahaja dengan setia.
Apabila Bob disisinya, James mendapat perhatian ramai.
Mereka menjadi begitu popular di internet sehinggalah James menerbitkan buku
mengenai kisah mereka iaitu A Street Cat Named Bob: How One Man and His Cat
Found Hope on the Streets by James Bowen
Hidup James menjadi begitu bermakna dengan
kehadiran Bob kerana sebelum ini dia tidak dihargai dan dia bukanlah sesiapa.
Kini, bukunya antara yang terlaris dan menjadi contoh kepada para pencinta
haiwan.
~ Kasih sayang dan kesetiaan sesama makhluk
Allah
0 comments:
Post a Comment