Monday, June 19, 2017

Filled Under:

Lebih 60 Jenis Barangan Makanan Akan Dikenakan GST Bermula 1 Julai

KEMASKINI

Kerajaan Batal Hasrat Kenakan GST Terhadap Lebih 60 Barangan Makanan

Berita sebelumnya.

Bermula 1 Julai ini, lebih 60 jenis barangan makanan akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lapor
 The Star.

Antara barang yang akan dikenakan GST adalah makanan laut tertentu, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi berdasarkan laporan akhbar
 China Press semalam.

Menurut portal berkenaan lagi, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy telah mengesahkan perkara ini di mana kenyataan penuh akan dikeluarkan pada hari ini.

"Ia hanyalah beberapa barang yang jarang digunakan oleh orang ramai,"
 katanya.

Antara barang makanan yang dikenakan GST bermula 1 Julai ini adalah termasuk belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, nectarines, ceri dan beri.

Untuk sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis juga akan dikeluarkan daripada senarai GST berkadar sifar.

Manakala barangan lain yang bakal dikenakan GST adalah termasuk bihun, kuey teow, laksa mee dan minyak kelapa.

GST telah diperkenalkan pada April 2015 dalam bentuk cukai 6 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan, untuk senarai lengkap barangan dan perkhidmatan berkadar sifar, lawatan gst.customs.gov.my atau www.federalgazette.agc.gov.my. - 
Siakapkeli.my




0 comments:

Post a Comment