Seekor
anak gajah dianggarkan berusia dua tahun telah ditemui mati dan berlumuran
darah di tepi jalan Lebuhraya Gerik-Jeli di Gerik, lapor The Star.
Pengarah PERHILITAN Perak, Loo Kean Seong berkata, anak gajah berkenaan telah ditemui kira-kira jam 7 pagi pada Jumaat lalu.
"Walaupun kejadian seperti ini jarang terjadi, diingatkan pengguna jalanraya lebih berhati-hati ketika memandu di lebuhraya ini."
"Kami telah pun mendirikan papan tanda di sepanjang lebuhraya untuk memberitahu pengguna jalan raya bahawa kawasan berkenaan adalah kawasan lintasan gajah, jadi mereka perlu lebih bertanggungjawab, terutamanya apabila mereka memandu lewat malam atau awal pagi," kata Loo.

Beliau
turut menggesa pangguna jalanraya jika terlanggar atau terjumpa sebarang
kejadian kemalangan melibatkan haiwan terancam seperti gajah, harimau, tapir
atau harimau bintang, laporkan terus kepada pihak Perhilitan.
"Ianya adalah supaya sekurang-kurangnya pihak perhilitan boleh menyiasat dan mengebumikan bangkai bukannya meninggalkan ia reput di tepi jalan," katanya. - Siakapkeli.my

0 comments:
Post a Comment