LANGKAWI: Sejak semalam
menjadi tular di laman sosial beberapa keping gambar dan video yang memaparkan
kelibat seorang gadis menunggang motosikal meredah kawasan kampung menjual ais
krim.
Video dan gambarnya menjual ais krim sambil dikerumuni
kanak-kanak menjadi tular di mana ratusan ribu orang telah menonton video
berkenaan.
Rata-rata netizen memuji semangat gadis berkenaan yang
dilihat tidak memilih kerja dan tidak kekok dengan pekerjaan tersebut dan amat
jarang dipelopori oleh wanita apatah lagi gadis muda.
Difahamkan gadis yang
dikenali dengan nama Syamimi Azhari ini merupakan penuntut Universiti Putra
Malaysia (UPM), dia menyatakan menjual ais krim merupakan kerja masa lapangnya
ketika musim cuti semester termasuklah mengambil tempahan di majlis-majlis
kenduri kahwin.
Dia yang juga merupakan
seorang model sambilan menyatakan itu adalah perniagaan keluarganya di mana dia
kini hanya akan membantu jika berkelapangan.
"Ini adalah kerja
sampingan isi masa lapang semasa full time belajar, kalau cuti inilah kerja
saya, tak kira banyak mana untung pun tapi seronok bila jumpa dengan ramai
orang dan berkata semua positif," tulisnya
dilaman Facebook. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment