ALOR SETAR - Anak Kedah yang berada di
perantauan, khususnya para pelajar sekali lagi diberi perhatian oleh
kerajaan negeri yang mengambil inisiatif menyediakan bas percuma bagi
memudahkan mereka pulang berhari raya di kampung pada 25 Jun ini.
Inilah kali kedua kerajaan negeri
pimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menaja bas kepada para pelajar
unversiti tempatan yang mahu pulang berhari raya di kampung halaman pada
Ahad ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan
Pengangkutan Awam, Datuk Tajul Urus Mat Zain memberitahu, sebanyak 10 buah bas
yang boleh membawa 40 orang setiap satu telah disediakan bagi membawa
pulang pelajar ke Kedah mulai Khamis ini.
Kemudahan bas itu disediakan selepas ia
mendapat sambutan pada tahun lepas di mana ibu bapa juga turut gembira
dengan inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri, kata Tajul Urus.
"Tahun ini kita menerima
permintaan daripada para pelajar agar kerajaan terus menyediakan bas, dan
perkara itu dipersetujui oleh Menteri Besar yang kemudian meluluskan
peruntukan, " kata Tajul Urus.
Majlis berbuka puasa itu yang
berlangsung d Pusat Dagangan Dunia Putra dihadiri oleh lebih 1,500 orang
termasuk para pelajar.
Pada majlis itu Tajul Urus yang
mewakili Menteri Besar turut menyampaikan geran tahunan berjumlah RM54,000
kepada 18 persatuan pelajar anak Kedah di universiti.
Tiap persatuan menerima RM3,000 bagi
membiayai aktiviti persatuan .Peruntukan itu juga merupakan kali kedua diberikan
oleh kerajaan negeri selepas tahun lalu sebanyak 13 persatuan
menerimanya
0 comments:
Post a Comment