Buah puru, nam nam atau anjing kopi. Keberkesanan buah dapat mengubati diabetes, darah tinggi dan ginjal.
Kenalkah pokok nam nam ataupun di sesetengah negari dipanggil
buah katak puru? Buah ini dulunya terkenal dan diminati ramai kerana
kelainan rasanya yang unik serta menyelerakan untuk dimakan.
Nama buah itu dikenali katak puru mungkin disebabkan kerana
mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu macam katak puru.
Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan
yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air
liur terasa kecur.
Pokok katak puru termasuk dalam kategori tumbuhan liar atau
hutan. Ia mudah ditanam atau dibiarkan melalui biji. Jadi
ia mudah tersebar apabila bijinya dicampak atau dibuang selepas isinya
dimakan. Sebab itu, pokok katak puru banyak terdapat di tepi rumah
yang sebenarnya tidak ditanam, tetapi tumbuh setelah bijinya dibuang di situ.
Nama botani utama puru katak adalah cynometra cauliflora dari
keluarga ceasalpinioideae / leguminosae. Selain namnam, buah katak
puru juga dikenali sebagai buah hima, namau-namu, anjing kopi, amphawa dan
nang-ai.
Memberi ruji ini mudah untuk menanam dan tidak begitu besar,
namnam nam sering digunakan sebagai hiasan halaman rumah, tetapi dapat
menikmati buah. Warna daun merah muda menambah keindahan ruji itu.
Biarpun pokok ini mudah tumbuh, ia sesuai ditanam di kawasan
tanah lembab bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh
subur. Buahnya yang berwarna coklat dengan permukaan yang berkerutu boleh
dimakan. rasanya masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis
apabila masak.
Buah katak puru bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter
(cm). Buah yang masak dikenali dengan warnanya berubah seakan kuning dan
buahnya ‘kembang penuh’. Bijinya pula berbentuk leper boleh dibelah dua.
Buah katak puru keluar di bahagian batang, termasuk di pangkal
pokok. Ada yang keluar betul-betul di atas tanah. Buahnya
akan keluar di tempat sama dengan yang sebelumnya. Sebab itu, di
bahagian itu akan terbentuk macam bonggol tempat keluar buah.
Bagi pokok yang subur, buahnya keluar
hingga ke dahan bahan atas, tetapi jumlahnya tidak banyak. Jadi, tidak
timbul istilah panjat pokok katak puru untuk mengambil buahnya, melainkan pokok
itu betul-betul tinggi.
Buah kopi anjing sedap kalau makan dicicih dengan kicap dicampur
dengan gula dan garam. Elok juga dimasukkan belacan dan lada cili
api. Kicap juga boleh diganti dengan cuka. Tidak kisahlah
cuka tiruan, cuka nipah atau cuka kelapa. Kalau tidak ada semu itu,
boleh dimakan dengan garam atau makan kosong aje.
Buah hima boleh juga dicampur dengan buah-buah lain untuk
dijadikan rojak. Memang terangkat.
Kajian khasiat buah katak puru belum tersebar, biarpun dikatakan
telah ada pakar pemakanan telah membuat kajian mengenainya. Namun, di kalangan
masyarakat Melayu, antara khasiat buah katak puru dikatakan mampu untuk merawat
kencing manis, darah dan penyakit buah pinggang.
Selain buahnya, pucuk dan daun nam nam juga boleh dimanfaatkan
untuk tujuan kesihatan. Pucuk katak puru boleh dijadikan ulam
dimakan bersama nasi. Rasanya agak kelat yang menyebabkan ia sesuai
untuk mengubat kencing manis dan darah tinggi. Daun tua pula boleh
dikeringkan dan dijadikan ramuan teh. Ia dipercayai dapat merawat
batu karang.
Elok
kita perbanyakkan menanam pokok katak puru sama ada sebagai pokok hiasan atau
untuk mendapatkan buahnya. Pokok ini kini dikategorikan
sebagai pokok nadir kerana jumlahnya semakin berkurangan.
Sumber: bebelsihat
0 comments:
Post a Comment