Friday, January 26, 2018

Filled Under:

Muzzy ku sayang..




Pengalaman benar,
Dari zaman kecik membawa ke zaman tua, aku memang suka bela kucing.. share roti sama2 dengan kucing, kencing suruh kucing teman, pergi jemur kain suruh kucing teman, mandi suruh kucing teman, tido dengan kucing.. segala-galanya mesti ada kucing..
asal nampak anak kucing comel kat tepi jalan mesti aku ambik.. sorok dalam baju pasal aku tak nak mami aku nampak.. mami aku tak suka kucing..
zaman belajar dulu, walaupun aku selalu sesak duit, aku akan balik ke rumah at least seminggu sekali.. bukan aku rindu rumah pun.. tapi aku rindu kucing aku..
aku ada satu ekor kucing yang aku kutip celah pokok masa aku on the way balik dating dengan pakwe aku zaman tu.. kami namakan dia Muzzy sempena nama pemain bola sepak.. masa jumpe, dia baby lagi.. bising dia jangan citer ahh.. bising nak mampos mengiau..
tahap sayang aku kat dia adalah sehingga aku sanggup tido keras kejung berjam2 semata2 tak nak dia jatuh.. dia suka tido atas dada aku.. tu port feveret dia..dari sebesar tapak tangan membawa ke perut besar macam kena busung, dia tetap tido atas dada aku.. tiap2 malam!
aku bukan kaya raya.. duit makanan kucing, aku dengan adik aku tong2 masa nak beli.. asal dapat duit yang orang bagi, mesti aku simpan untuk beli makanan kucing.. muzzy ni eksyen.. tak suka sangat ikan rebus.. dia nak makan friskies or whiskas..
bila aku takde duit nak beli makanan, aku akan curi ikan bilis mami aku untuk kasi dia makan.. sampai satu tahap, aku lak yang kena bebel tak henti2 pasal suka mengepow ikan bilis..
kadang2 aku rasa Muzzy ni ‘minat’ kat aku.. hahaha over! dia seekor kucing yang gilerkan perhatian aku.. bila aku tak peduli kat dia, mesti dia main2 dengan bunga plastik mami aku yang dalam pasu besar.. bila adik aku marah dia, dia still hulur2 tangan sentuh bunga tuh sambil panjat kerusi.. bila aku bukak je mulut, terus dia datang kat aku manja2..
ada satu hari tu, aku nak pergi sidai kain waktu maghrib.. aku panggil dia temankan aku.. sekali aku nampak ular.. besar lengan aku.. aku peluk Muzzy.. tapi dia terus lompat pergi face to face dengan ular tu.. siap mengiau gaya garang and nak cakar2 ular tu.. aku dah cuak giler takut ular tu patuk dia.. last2 ular tu mengalah.. hilang dalam kegelapan.. muzzy penyelamat nyawa aku
semua benda yang aku buat mesti dia ada kat tepi.. nak menulis pun susah kalau dia ada… nak membaca lagi ahh.. mesti dia sebok2 duduk atas buku aku.. muzzy muzzy;)
satu pagi, adik aku ketuk pintu bilik aku macam nak roboh.. Cinta (kucing ku yang lain) muntah darah and berak2, katanya.. aku dah kelam kabut dah.. Cinta macam orang gile.. berak bersembur sambil lari ke sana-sini.. aku dengan adik aku macam histeria.. kenapa kucing aku jadi macam tuh? aku pegang dia, aku usap Cinta.. tanya dia kenapa? tapi mana dia boleh jawab.. Muzzy tengok je kat Cinta..
beberapa minit kemudian, Cinta mati.. aku ambik cangkul, aku korek lubang sambil airmata tak henti2 keluar.. orang lalu-lalang pandang aku semacam.. ahhh biarkan.. lepas dah siap semua aku peluk Muzzy.. kasi makanan kat dia.. Muzzy makan sikit je.. aku peluk dia buat masuk bilik sambil sambung nangis bercerita kesedihan aku kat Muzzy..
tiba2 Muzzy muntah.. Muzzy macam histeria.. aku panggil adik aku.. bila bukak pintu, Muzzy terus lari ke luar rumah.. dia baring sambil muntah2.. masa tuh, aku tak tau nak gambarkan macamana keadaan aku.. aku bukan takat menangis, aku meraung! Muzzy menggelepar.. buih keluar membuak2 dari mulut dia.. aku tak boleh pegang dia pasal dia dah tak macam Muzzy yang selalu..
lepas muntah, dia berak.. taik bersepah siap memancut2 lagi.. darah keluar ikut hidung, telinga.. mata Muzzy terbelalak tapi dia masih hidup.. aku tunggu ajal dia sampai.. sejam aku tunggu, tapi nyawa dia masih ada.. aku tau dia takleh survive, so aku pergi gali satu kubur yang panjang dan dalam pasal Muzzy ni gemuk and panjang..
aku tunggu tepi Muzzy.. korang boleh bayangkan tak makhluk kesayangan korang sedang bertarung dengan nyawa dalam keadaan teruk sekali? segala darah taik semua bercampur..
after 2 jam, nyawa dia habis jua selepas terberak taik hijau.. jangan tanya ape yang aku rasa.. jangan tanya macamana keadaan aku…. aku rasa, putus cinta pun aku tak seteruk nih..
aku angkat badan dia pakai penyodok pasal taik dan muntah dah penuh satu badan dia.. i cannot give my last kiss to him.. aku hanya mampu usap kepala dia sambil menangis.. until now aku terbayang dia mati dengan keadaan mata terbukak, hidung berdarah, mulut berdarah and berbuih sambil ternganga, punggung penuh taik..
penyebab kucing2 aku mati ialah, termakan racun tikus.. bila aku tanya mami aku kenapa kasi racun tikus tak inform kat aku dulu.. dia jawab,”mana mami tau kucing tu nak makan ikan yang mami tabur racun tikus..kucing tu yang bodoh!”.. mami aku tak say sorry pun..
ini bukan kejadian pertama, bila aku kira2.. ada 11 ekor kucing aku mati gaya yang sama.. cuma muzzy paling teruk.. semua kena racun tikus.. kejam kan? kalau tak suka kucing aku sekalipun, perlu ke buat macam ni?
takkan ada sape yang paham rasa hati aku.. even benda ni terjadi hampir 10 tahun lepas, every time aku teringat peristiwa ni, aku takkan mampu bertahan.. salah satu makhluk yang aku aku paling sayang mati dalam keadaan tragis sekali https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f24/1.5/16/1f641.png🙁
p/s: Salah ke menyayangi haiwan?
^Cheeto^


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mudah Mudah Mudah dan jimat wang !!!!
Stock tak banyak dah jom beli sebelum habis lagi!!!
Ajar simanja membuang dalam toilet tinggal pam je nanti mudah !!! Semudah A B C!!! Whatsapp kami segera. wasap.my/60192205606
Tak perlu dah nak beli pasir...
Tak perlu nak kutip kutip
Jimat duit
Jimat masa
Mudahkan kerja
RM25 ( tak masuk postage )
Sm rm8 / ss rm12
wasap.my/60192205606












0 comments:

Post a Comment