Berapa ramai di antara kita yang sangat menyayangi haiwan dan
sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat membela haiwan peliharaan
masing-masing?
Lelaki ini sanggup melakukan apa sahaja demi anak kucing yang
disayanginya. Disebabkan oleh kasih sayang tidak terhingga, dia terpaksa dibawa
ke muka pengadilan selepas terlibat dalam satu pergaduhan untuk membela anak
kucing tersebut.
Liew Toh Choon, 30 tahun tinggal bernama kakaknya yang berusia
36 tahun, Mei Yi di Bandar Tasik Selatan. Toh Choon membela seekor anak kucing
sebagai peneman tetapi dihalang oleh kakaknya.
Perkara ini telah mencetuskan pergaduhan di antara kedua-duanya
dan Toh Choon cuba untuk memukul kakaknya dalam pertengkaran tersebut. Masih
berasa tidak puas hati, Toh Choon telah melepaskan amarahnya dengan memecahkan
lampu kereta kakaknya dengan menggunakan sebatang besi sebagai balasan kerana
menendang kucing kesayangannya ke luar rumah.
Menurut laporan The Star, insiden tersebut berlaku pada malam 14
April. Mahkamah majistret telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000
kepada Toh Choon selepas dia didapati bersalah kerana mengakibatkan kerosakan
kepada kereta kakaknya.
DPP Ezrene Zakariah berkata hukuman yang dikenakan ke atas Toh
Choon wajar dijadikan sebagai pengajaran di mana dia perlu belajar untuk
mengawal emosinya dengan lebih baik.
Toh Choon bagaimanapun dikatakan akan mengemukakan rayuan untuk
mengurangkan denda tersebut memandangkan dia masih lagi tidak bekerja.
Kasihan! Kerana kucing Toh Choon didenda
Sumber: World of Buzz Via Era Baru
0 comments:
Post a Comment