Baru-baru ini tular di
media sosial seorang pemuda berusia 24 tahun yang disahkan menghidap kanser
mulut oleh doktor. Jadi mari kita baca perkongsian daripada seorang doktor
bagaimana cara hendak check tanda-tanda jika terkena ulser mulut. Jom baca.
PERKONGSIAN
DR IQBAL
Saya yakin dan percaya ramai
sudah yang membaca kisah pemuda berumur 24 tahun menghidap kanser mulut. Dia
mula merokok sejak berumur 17 tahun. Lewat jugalah jika nak dibandingkan dengan
kebanyakan remaja yang mula menghisap rokok di tingkatan satu atau dua.
Saya tidak mahu menyentuh
perihal keburukan merokok, semua orang sedia maklum, cuma masing-masing kepala
batu, mencurah air ke daun keladi dan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Ada disebut pemuda ini
ada ULSER PADA LIDAH SEBELAH KIRI DAN dibiarkan kerana TIDAK BEGITU SAKIT.
Menurut ibunya, LUKA ULSER TIDAK HILANG atau dalam bahasa mudahnya tidak
sembuh-sembuh. Awal tahun ada ulser, hujung tahun baru tahu kanser.
Ini adalah TANDA-TANDA
klasik kanser mulut. [1] Ulser tidak sakit, [2] ulser tidak sembuh selepas 2
minggu dan [3] ulser di kawasan “panas” seperti di tepi lidah.Sekiranya anda
semua ada tanda-tanda seperti ini, SEGERALAH MENDAPATKAN PEMERIKSAAN. Tidak
kiralah anda perokok tegar atau pasif, tanda-tanda ini sentiasa awasi.
Luangkan 2 minit untuk
melakukan 6 LANGKAH PEMERIKSAAN MULUT untuk MENGESAN TANDA-TANDA AWAL KANSER
MULUT.
1. Tekan dan periksa bahagian leher untuk mengesan benjolan.
2. Periksa jika ada ulser atau lapisan merah/putih pada bibir atas
dan bawah.
3. Periksa jika ada ulser atau lapisan merah/putih pada pipi kanan
dan kiri.
4. Periksa lelangit untuk sebarang abnormaliti.
5. Periksa bawah lidah dan lantai mulut jika ada sebarang
benjolan/bengkak atau lapisan merah/putih.
6. Periksa bahagian tepi lidah jika ada ulser dan benjolan.
Yang penting, jauhi rokok,
cegah sebelum parah.
FAKTA
GLOBAL ROKOK
• Jumlah perokok seluruh
dunia dianggarkan sekitar 1.15 bilion orang.
• Daripada jumlah itu, lebih
80 peratus perokok adalah di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
• Lebih kurang 15 bilion
rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
• Dalam kalangan
remaja di seluruh dunia yang berumur antara 13 dan 15 tahun, dianggarkan
seorang daripada lima orang adalah perokok.
• Secara kasar, 60,000 hingga
100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan separuh
daripada jumlah itu di negara-negara Asia.
• Di Amerika Syarikat
mendapati kecenderungan kanak-kanak yang merokok untuk menjadi penagih dadah
adalah 13 kali ganda berbanding kanak-kanak yang tidak kerap merokok!
FAKTA
PEROKOK MALAYSIA
• Fakta “Info Sihat”
Kementerian Kesihatan mengenai senario dan tabiat merokok di Malaysia
menunjukkan hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
• Setiap hari sekitar 45
hingga 50 remaja bawah umur 18 tahun mula merokok. Statistik bilangan remaja
perempuan yang merokok meningkat 8 peratus dari tahun 2005 hingga 2010.
• Tahun 2004: secara
keseluruhannya hampir seorang daripada lima remaja adalah perokok.
• Kes kanser paru-paru dalam
negara bertambah dengan kadar 17 peratus setahun dan tabiat merokok juga
dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari
(jantung).
• Kajian Morbiditi dan
Kesihatan Kebangsaan 2010: tabiat merokok menyebabkan kematian kira-kira 18,000
orang setahun.
• Lebih lima juta perokok
tegar negara ini membelanjakan sekitar RM15 juta sehari untuk membeli rokok.
• Ini bermakna RM5.8bilion
setahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen
Dan Share Ya. Terima Kasih!
0 comments:
Post a Comment