Tiga individu kelahiran Perak
ini sering dijadikan bahan ketawa dan jenaka di media sosial facebook. Mereka
masing-masing memegang gelaran Raja yang berlainan kategori iaitu Raja report
Polis, Raja Bomoh Sedunia dan Raja (Sultan) Melaka. Ketiga-tiga individu ini
cukup terkenal bukan sahaja di seluruh Malaysia malah mungkin juga diseluruh
dunia kerana isu-isu kontroversi yang dicetuskan oleh mereka sendiri dan
disebar ramai.
Abdul Rani Bin Kulup Abdullah
Siapa yang tak kenal dengan
Raja Report Polis di Malaysia ini? Abdul Rani Bin Kulup Abdullah merupakan
seorang pesara tentera yang dilahirkan pada 10 Mac 1955 dan juga merupakan anak
kelahiran negeri Perak. Beliau cukup terkenal dengan gelaran Raja Report Polis
kerana beliau merupakan orang yang paling banyak iaitu melebihi 1,000 laporan
polis yang dibuat olehnya di dalam Malaysia ini. Penggunaan #kipidap yang kian
menular di media sosial juga adalah berasal daripada sebutan keep it up
daripada beliau yang bersahaja.
Ibrahim Mat Zin
Ibrahim Mat Zin yang berasal
dari Teluk Intan, Perak digelar sebagai Raja Bomoh Sedunia secara sukarela
tampil ke hadapan untuk membantu pasukan keselamatan mengesan pesawat MH370
yang hilang pada 8 Mac 2014 yang lalu. Beliau mula dikenali ramai sejak pada
hari itu dan sering menjadi bahan jenaka di media sosial facebook. Raja Bomoh
Sedunia yang berumur lebih 80 tahun ini juga mempunyai gelaran lain iaitu Datok
Mahaguru Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dan mempunyai
pengalaman dalam bidang bomoh selama lebih 50 tahun.
Raja Noor Jan Shah Ibni
Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah
Berikutnya adalah berkenaan
dengan Raja (Sultan) Melaka. Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah
Shah dilahirkan pada 25 disember 1975 yang berasal dari Ipoh, Perak pula
dikenali ramai disebabkan tuntutan beliau untuk ditabalkan sebagai Sultan
Melaka. Hal ini kerana beliau menegaskan bahawa beliau adalah pewaris sah untuk
takhta kesultanan Melaka dan Perak. Dikatakan, beliau juga mendapat
pengitirafan daripada Mahkamah keadilan antarabangsa (ICJ) sebagai pewaris
takhta yang dituntut. Itulah 3 individu yang merupakan anak kelahiran Perak
yang ada gelaran raja dan popular di media sosial facebook.
sumber: orangperak
0 comments:
Post a Comment