Tuesday, November 21, 2017

Filled Under:

SEMUA ORANG DINASIHATKAN UNTUK BERHATI-HATI, PENJENAYAH MEMECAHKAN CERMIN KERETA MENGGUNAKAN PARANG




KUCHING – Seorang wanita baru-baru ini menjadi mangsa ragut di Taman Sri Perkasa, Petra Jaya di Kuching, Sarawak. Kejadian itu tersebar sejak semalam di laman sosial bersama beberapa keping gambar termasuk satu laporan polis.


Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6:03 pagi semalam. Mangsa ketika itu dilaporkan ingin mengambil rakannya yang tinggal di Taman Sri Perkasa, berdekatan dengan Taman Yen Yen Matang untuk ke sekolah.

Mangsa menyedari kehadiran sebuah motosikal ketika hendak memberhentikan kenderaan ketika tiba di hadapan rumah rakannya itu. Penunggang motosikal tersebut dilaporkan memakai helmet menutup muka dan kemudian mengeluarkan sebilah parang.
Suspek kemudian bertindak memecahkan cermin tingkap di sebelah pemandu serta meminta mangsa menyerahkan telefon bimbit serta beg tangannya. Tindakan suspek yang mengugut mangsa menggunakan parang menyebabkan mangsa ketakutan lalu menyerahkan barang-barang berharga milik mangsa kepada suspek.
Mangsa dilaporkan kerugian sebuah telefon bimbit, dompet dengan wang tunai berjumlah RM102, dokumen pengenalan diri, dokumen memandu dan kad ATM. Barangan kosmetik di dalam beg tangan mangsa tidak dinyatakan nilainya oleh mangsa.
Orang ramai terutamanya wanita yang tinggal di sekitar lokasi kejadian dinasihatkan supaya berhati-hati dan waspada dengan ancaman ragut yang semakin menjadi-jadi. Terus memandu menuju ke balai polis yang terdekat jika menyedari kenderaan anda diekori, dan dinasihatkan agar tidak memberhentikan kenderaan.







0 comments:

Post a Comment