1. Menghisap
jari pada usia begini adalah normal. Anak sudah tahu dengan cara itu boleh
menenangkannya dan membuatnya tertidur semula apabila terjaga. Point di sini,
tiada apa yang nak dirisaukan.
2. 2. Tengok-tengok cara anak menghisap. Pernah anak
saya menjolok jari-jarinya sehingga nak termuntah dan pernah juga termuntah.
3. 3. Pastikan jari dan tangan anak bersih. Anak saya
selalu menghisap jari semasa ditukar pampers dan selepas mandi. Pastikan tangan
dia yang aktif tu tak terkena najis atau nak sapu minyak di perut.
4. 4. Pastikan juga kuku tidak panjang. Selalunya
isteri saya yang potongkan. Anak saya juga pernah mencakar muka dan matanya
bila kuku panjang.
5. 5. Perlu ke tarik keluar jarinya bila dia sudah
tidur? Tak perlu. Biarkan. Tapi kadang-kadang saya tarik juga.
6. 6. Ada juga ibu bapa yang belikan teether.
Benda ni macam permainan yang ada bahagian plastik untuk anak gigit dan hisap.
Saya beli dan guna. Kalau dia tak hisap, anak saya gunakan tu sebagai alat
permainannya.
7. 7. Tak ada duit beli teether tak
ada masalah. Ya teether ni memang mahal. Boleh saja gunakan kain yang
bersih. Kebanyakan bayi yang saya lihat suka tarik bucu tudung mak dia dan
hisap.
8. 8. Apabila anak dah pandai capai barang, ha ini
lagi penting. Lagilah banyak kena pantau. Hati-hati dengan apa yang dicapai dan
dimasukkan ke dalam mulut. Bersih ke tidak, boleh tertelan ke tidak. Biarkan
dia hisap tapi ingat, yang penting PANTAU.
9. 9. Puting macam mana doktor? Saya tak galakkan dan
kalau boleh haramkan. Ini pantang. walaupun pada label ada untuk umur
sekian-sekian.
10. Pengalaman saya sendiri, anak saya gunakan puting.
Tapi masa tu dia dimasukkan ke wad NICU (umur kurang sebulan) dan pada waktu
malam dia menangis dengan kuat. Saya dan isteri tak dibenarkan menunggu. Jadi
kami belikan puting supaya dia tenang.
11. Bila dah keluar wad kami perlahankan penggunaannya.
Sampai sekarang dah tak guna lagi puting.
12. 10. Masa kecil ni memang normal. Yang tak normalnya
bila dah besar pun nak hisap lagi. Jadi bila nak berhenti?
13. Biasanya dalam lingkungan umur 2-4 tahun, anak dah
boleh tidak menghisap lagi.Tapi boleh jadi semula bila anak dihantar ke pusat
asuhan dan taska. Disebabkan suasana yang berbeza dan tidak biasa dengan
persekitaran baru.
14. American Dental Association cadang tabiat menghisap jari adalah selamat
sehingga gigi kekal pertama tumbuh dalam lingkungan umur 6 tahun. Tapi lebih
awal berhenti lebih bagus kan?
15. 11. Keep in mind, tak semua tabiat menghisap jari
akan memberi kesan kepada susunan gigi. Setakat masukkan ke dalam mulut dan tak
hisap (pasif) tidak menjadi masalah besar jika nak dibandingkan dengan
menghisap dengan sangat kuat.
16. kredit:Dr Iqbal Rosali
17.
18.
Sumber: islamituindah
0 comments:
Post a Comment