Assalamualaikum
Disini saya terpanggil untuk berbagi cerita tentang
murah rezeki bila bela kucing. Ini dari pengalaman saya sendiri. Kalau saya
saja yang rasa seperti ini, tak tahulah.
Saya perasan perkara ini sudah lama. Saya memang
jenis yang suka kutip kucing di tepi jalan, di kedai makan dibawa pulang ke
rumah dan beri makan.
Saya tak pernah beli kucing-kucing mahal sebab tak
mampu. Boleh dikatakan pada satu masa, bilangan kucing yang saya kutip boleh
mencecah 29 ekor. Tetapi di rumahlah, di asrama tak ada pula saya nak bela
sampai berpuluh-puluh ekor.
Nak dijadikan cerita,
semasa zaman belajar, saya ada mengutip seekor kucing ini dan bela di dalam
bilik. Kasihan si comel itu, kepalanya tersangkut di celah tayar basikal. Entah
macam mana boleh tersangkut pun saya tak pasti.
Jadi, saya selamatkan dan
bela dia. Momo, nama diberi. Masa belajar biasalah elaun kadang-kadang datang
lambat. Nak minta duit dari mak dan ayah selalu pun rasa segan pula.
Duit pula banyak digunakan
untuk membeli bahan bacaan dan untuk mengajar, praktikal dan sebagainya
memandangkan saya belajar di sebuah maktab.
Tetapi, walaupun
kadang-kadang duit saya selalu short, perut saya tidak pernah kosong. Setiap
hari macam ada saja rezeki untuk saya.
Ada kawan-kawan yang
belanja makanlah, lecturer buat potluck lah, jamuan itu inilah, ada makcik
sedekah buburlah, kawan tiba-tiba buat birthday party dan macam-macam lagi.
Semua dalam bentuk makanan.
Kadang-kadang saya pernah
sampai tahap risau sebab tak ada duit nak bagi si Momo ini makan. Tambahan pula
makanan kucing agak mahal harganya.
Jadi, biasanya saya akan
belikan nasi dan kongsi saja dengan Momo. Dia bukannya makan banyak pun.
Masa itu saya tak sedar
sangat. Tetapi bila sampai satu masa, ada seminggu berturut-turut saya dapat
makanan free. Kawan saya pun tiba-tiba kata,
“Mungkin sebab Momo kot?
Kau dah selamatkan dia, selalu beri dia makan, jadi dia selalu mendoakan kau,”
Kata-kata itu membuatkan
saya terkedu. Boleh jadi, boleh jadi rezeki saya dimurahkan sebab saya
bersedekah pada haiwan kesayangan nabi. Tak kisahlah rezeki dalam bentuk
makanan pun, yang penting saya tak kebuluran.
Sedekah bukan dalam bentuk
duit sahaja kawan-kawan. Sedekah dalam bentuk makanan pun boleh. Tak semestinya
kena beri pada manusia, sedekah untuk haiwan pun boleh juga. Murah rezeki kita
nanti.
Ini pun saya tengah kutip
seekor lagi kucing tepi jalan. Kaki dia tempat kena gigit. Doakan Jojo cepat
sembuh, manalah tahu Jojo doakan saya cepat dapat jodoh pula.
Sumber: sempoimedia.blogspot.co.id
0 comments:
Post a Comment