Disebabkan Gemuk Suami
Sanggup Ceraikan Bekas Jururawat Ini. Selepas Jadi Cantik Dan Langsing Barulah
Bekas Suami TERHEGEH Nak RUJUK !!!
Disebabkan Gemuk Suami
Sanggup Ceraikan Bekas Jururawat Ini. Selepas Jadi Cantik Dan Langsing Barulah
Bekas Suami TERHEGEH Nak RUJUK !!!
1. During hearing case (anak dia). Saya kagum sangat, usia dah
hampir separuh abad tetapi body macam anak dara, bergaya, kulit mulis tegang.
Setiap kali hadir ke mahkamah, bekas suami pun tak pernah tak datang. Awalnya,
saya tidak pernah menyangka yang mereka sudah bercerai sebab bekas suami nampak
sangat ambil berat mengenainya.
2. Saya perasan kakak ini selalu saja macam nak marah, buat tak
tahu dan tak layan bekas suami dia (masa itu tak tahu pun yang mereka sudah
bercerai). Tetapi bila akak ini tengok reaksi saya yang macam tertanya-tanya,
kemudian dia pun jelas kan.
“Puan Nurul, jangan salah sangka. Akak dah lama bercerai,”
3. Alangkah terkejutnya saya. Betapa bagusnya bekas suami dia
sampai tak pernah tak datang tengok kes anak dia.
“Dah gila talak, nak buat macam mana? Biar dia rasa,”
4. Saya selalu puji yang aakak ini cantik, bergaya, lembut
orangnya. Tetapi kenapa bercerai? The next hearing date, selepas habis kes,
kami pun turun ke kafe. Bersembang-sembang sampailah ke bab peribadi. Dia bawa
keluar satu gambar lama dari dalam begnya. Terkejut saya melihat gambar dia dan
bekas suaminya.
5. Hitam, gemuk, tak make up langsung, berkain batik, selekeh,
sementara itu lelaki yang berdiri di sebelahnya kelihatan agak kacak.
6. 15 tahun, dia abadikan diri dengan suami. Kerjaya sebagai
jururawat terpaksa dilupakan kerana suami mengarahkannya berhenti, duduk rumah
dan jaga anak. Duit tak diberi, suami beri cukup-cukup makan. Tak ada lebih
langsung untuk beli baju baru, alat solek atau untuk keluar berjalan-jalan.
Duduk di rumah saja menjaga anak. Suami pula sesuka hati keluar
dengan kawan-kawannya. Dia hanya mampu menahan sabar. Hasil perkahwinan mereka
dikurniakan 4 orang anak. Setiap seorang umurnya selang setahun. Letihnya?
Tuhan saja yang tahu.
7. Suami mula berubah bila dia menjadi gemuk. Bukan sengaja tetapi
tiap-tiap tahun beranak, tak sempat nak kurus, dah diusik. Nak keluar joging,
tak ada orang nak tinggal jaga anak. Nak beli ubat kurus, jamu semua bagai,
duit tak ada. Nak melawa pun duit tak ada.
8. Suami pula elok saja beli barang baru, baju baru tetapi tak
buat balik untuk isteri. Selepas suami naik pangkat, mulalah menghina isteri.
“Awak duduk rumah, selekeh tak macam orang office saya,”
bentaknya.
Suami mula membandingkan dia, hina tubuh badan dia dan sampai satu
masa, berbulan-bulan dia tidak disentuh oleh suami.
9. Nekad mahu mengoda suaminya semula, selepas melahirkan anak
yang keempat, dia belajar menjahit. Bawa keempat-empat anaknya ke balai raya
pergi belajar menjahit. Suami nak tolong? Haram! Mengutuk adalah. Selepas
belajar menjahit, dia pula ambil upah menjahit. Adalah duit sikit, bolehlah
beli baju baru sehelai dua.
10. Dalam usaha nak memikat semula hati suami, kantoi pula
suaminya berkahwin dengan perempuan lain di Thailand. Sedih tak terkata, terasa
begitu hina dibuatnya. Sudahlah nafkah kahwin culas, bukan kaya pun, nak beli
baju kata tak ada duit tapi boleh kahwin lagi seorang. Isteri baru bekerja satu
pejabat dengannya. Anak dara, cantik dan bergaya.
11. Dia redha dan cuba sedaya upaya menyelamatkan perkahwinannya
walaupun selepas itu suaminya sudah jarang pulang ke rumah. Paling teruk bila
madu dapat anak seorang. Nafkah langsung tidak diberi. Dia terpaksa bekerja
mengambil upah menjahit bagi menyara anak-anak. Balik saja ke rumah, suami akan
banding bezakan dengan madu yang cantik, pandai jaga badan dan pandai segala
serbi.
12. Sejak ada isteri baru, suami sudah pandai naik tangan.
Kadang-kadang suami bermalam di rumah dia, isteri baru datang, suruh balik ke
rumahnya. Suami akan balik dan tinggalkan dia seorang diri. 10 tahun dimadukan
dan itulah tempoh dia menghadap perkara seperti ini.
13. Hari sebelum dia diceraikan, mereka bergaduh tentang nafkah
kewangan dan juga nafkah batin yang sudah lama suami tidak tunaikan. Bila
gaduh, ada tengking menengking dan dia tidak tahan lalu meminta diceraikan.
Masa itulah suami dia menghina.
“Kalaulah lembu dengan aku, lagi sanggup tidur dengan lembu!”
Selepas suami berkata seperti itu, Allah hadirkan perasaan benci
yang teramat sangat pada dia, sampai dia sudah tidak tahan lagi lalu meminta
diceraikan pada masa itu juga.
14. Suami dengan mudah menceraikan dia. Selepas diceraikan, suami
siap cakap,
“Aku nak tengok sejauh mana kau boleh pergi tanpa aku! Kalau nak
aku rujuk balik, jangan lupa datang ke rumah madu kau sebelum tampat tempoh
iddah. Selepas dah tamat, aku tak kuasa dah nak melayan rujuk dengan kau!”
15. Terasa terhina, dia tidak menoleh ke belakang lagi. Angkat
kaki dan balik ke kampung membina hidup baru. Buka kedai jahit dan sekarang
sudah ada ramai kakitangan. Rezeki semakin banyak, duit banyak dan hidup
bertambah tenang dan senang.
16. Selepas kehidupannya agak kaya, madu pula tidak berpuas hati.
Dipaksa juga bekas suami buat bisnes, buat loan, buat bisnes kedai makan dan
akhirnya lingkup. Sekarang, menanggung hutang dengan bank. Dari memiliki kereta
Harrier, sekarang sudah downgrade ke Perodua Viva. Sekejap saja Allah nak
tarik.
17. Selepas tiada suami yang bergaya, melawa sebab tak ada siapa
nak tanggung, ada duit sendiri, masa ada suami macam mayat hidup, tiap-tiap
tahun beranak. Yang jaganya dia seorang, duit tak ada, suami nak belikan make
up dan baju? Haram! Kahwin lain adalah.
18. Sekarang dia sudah kurus dan cantik. Duit banyak, giliran madu
pula hidup susah main dengan anak-anak kecil. Madu yang dulunya kurus sekarang
sudah gemuk. Tambah pakej lagi bila madu dia ini pandai menjawab. Kalau tak
kena, habis pinggan mangkuk dilempar.
19. Semasa saya menguruskan kes kakak ini, hampir 3 tahun bekas
suami cuba merujuk kembali dengannya. Caring dan terlampau baik. Tetapi kakak
ini, buat tak tahu dan tak nak melayan. Suami dia, tunggu depan pintu, tunggu
di tangga rumah, di mana-mana nampak saja bekas suami macam orang tak betul,
gila talak.
20. Sempat lagi kakak ini bergurau.
“Kakak ni termasuk dalam salah seorang janda yang tiada suami baru
pandai nak melawa. Orang asyik mengata kita tak pandai nak jaga suami, suami
lari baru nak bergaya. Tetapi orang tak tahu kita jadi mayat hidup sebab ada
suami yang tak guna.
“Miskin tetapi ada nafsu dan citarasa tinggi tetapi tak menyumbang
apa-apa kecuali air mani buat kita beranak setiap tahun. Selepas itu bukannya
nak berterima kasih, tetapi dijadikan modal pula untuk menghina isteri. Baik
hidup sendiri, ada duit sendiri dan tak payah menanggung biawak di rumah.
“Dah ada yang baru, yang lama dibuang. Sekejap saja huru hara
hidup. Biarkan dia rasa,” katanya membuatkan saya tergelak.
Semoga menjadi teladan buat semua. Terkesan pada kata-katanya itu.
Miskin tetapi nafsu dan cita rasa tinggi tetapi tidak menyumbang apa-apa.
Semoga suami kita, anak-anak kita, saudara lelaki kita menjadi suami yang
bertanggungjawab dan baik pada isterinya. – Nurulbadiah Lai
Sumber Asal
0 comments:
Post a Comment