Cermin sisi keretanya
dilanggar oleh seorang penunggang motosikal yang disyaki mabuk. Mangsa yang
menyangka kejadian itu adalah kemalangan yang tidak disengajakan rupa-rupanya
tidak. Penunggang motosikal itu bertindak memarahinya dan mendakwa kononnya
mangsa yang melanggarnya sedangkan kereta mangsa pada ketika itu tidak bergerak
kerana berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Bimbang kejadian yang
lebih buruk berlaku, mangsa yang ketika itu bersama ibunya dalam kereta terus
memecut laju meninggalkannya penunggang motosikal terbabit. Malangnya lelaki
itu berjaya mengekori kereta mereka dan inilah yang berlaku.
CERITANYA begini.
Masa itu aku berhenti, traffic light merah di depan Balai Polis Sentul.
Tiba-tiba ada seorang penunggang motosikal berhenti di sebelah kereta aku (aku
rasa dia mabuk sebab mata dia merah dan cara dia tunggang motosikal pun tak
betul) dan terlanggar cermin susu aku. Kemudian dia macam marah, kononnya nak
tuduh aku yang melanggar dia.
Kebetulan pula masa
itu traffic light masih di lampu merah, jadi aku kena berhenti lagi. Dia datang
dan block kereta aku, dia turun dari motosikal dan datang dekat lalu diketuknya
cermin kereta untuk suruh aku keluar.
Dia ketuk dengan kuat
sangat, macam nak pecah cermin kereta aku. Ya Allah, aku dah cuak dan masa itu
aku dengan mak dalam kereta. Mak pula dah mengelabah tengok lelaki itu.
Masa itu pula, lampu
isyarat lambat pula nak bertukar ke warna hijau. Dia dah ketuk cermin kereta
kuat-kuat dan semua orang yang berada di kawasan sekitar hanya mampu tengok
sahaja.
Bila lampu isyarat
bertukar hijau, aku pun apa lagi terus tekan minyak kaw-kaw. Ingatkan lelaki
itu tak ikut dah, tengok di cermin, dia ada di belakang kereta.
Aku tanya mak nak lalu
mana, balai terdekat di mana, nak buat apa. Kemudina mak suruh aku lalu Jalan
Kuching dan aku pun ikut saja katanya. Sekali jalan sesak pula.
Kemudian di tengah
lebuhraya itu dia memotong dan menghalang kereta aku dan kali ini dia tak bagi
peluang untuk aku teruskan perjalanan. Dia suruh aku berhenti di tepi.
Aku pun cuak, aku
suruh mak call kawan-kawan aku tetapi mak dah kelam kabut, semua benda dia tak
boleh buat (aku pun sama). Tak apalah, dah berhenti tepi, aku dah pegang pepper
spray sebagai langkah berjaga-jaga. Kemudian call kawan aku dan beritahu apa
yang berlaku. Sekurang-kurangnya ada orang tahu kan, tak apalah beritahu semua
kejadian itu. Itu saja yang aku boleh fikir pada masa itu.
Lelaki itu turun dari
motosikal dan ketuk cermin kereta aku dengan kuat, sumpah macam nak pecah
dibuatnya. Aku tak tahu nak fikir apa dah. Mak kata jangan buka, memang aku
takkan bukalah bila tengok orang macam ini, muka macam baru lepas kalah judi.
Dalam masa yang sama
aku ternampak ada seorang penunggang motosikal berhenti di tepi jalan dan
memandang kami. Aku pun pandu ke depan sikit untuk dekat dengan dia sebab dia
ada semasa lelaki mabuk itu mengekori kami dan dia marah-marah orang itu atas
jalan.
Bila aku berhenti
dekat dengan dia, dia pun tanya kenapa dengan semua ini dan apa yang berlaku.
Tiba-tiba lelaki mabuk itu terus beredar. Ya Allah Alhamdulillah!
Kemudian aku buka
tingkap sikit sebab nak ucap terima kasih kepada dia. Rupanya dia nampak kami
sejak kejadian di lampu isyarat itu. Dia juga mengekori kami dari jauh dan nak
lihat apa yang lelaki mabuk itu nak lakukan pada kami.
Bersyukur sangat sebab
ada orang yang nak menolong kami pada masa itu. Kalau tak, aku tak tahulah nak
buat apa. Bila dah cemas begitu, memang tak boleh nak fikir apa dah. Tak
tahulah kalau ini memang taktik dia atau apa. Tetapi jika mengikut pengalaman,
ini memang cara orang sekarang nak rompak, buat-buat langgar kemudian suruh
pemandunya keluar.
Golongan wanita,
tolong berjaga-jaga dan berhati-hati. Bila ada orang ketuk cermin kereta,
jangan buka. Betullah orang kata pepper spray itu sangat penting. Tolong
dapatkan satu untuk diri sendiri sebagai alat untuk mempertahankan diri. Sebab
bila dah melalui kejadian itu, aku tak ada apa-apa benda yang hendak digunakan
untuk melindungi diri selain pepper spray yang aku bawa selalu itu.
Sumber: Farina
link symber; http://www.thereporter.my/
link symber; http://www.thereporter.my/
0 comments:
Post a Comment