Realitinya bukan mudah nak jadi wanita
berjaya dalam dua sudut. Kebanyakan mampu jadi pekerja cemerlang di ofis tetapi
gagal sebagai isteri yang mampu lengkapkan kehidupan seorang suami.
Allah… minta dijauhkan kita terus
hanyut!
Kalau dah kahwin rencah rasa dalam
mana-mana perhubungan mana nak sama. Sudah tentu ada rasa bosan, gembira, masam
manisnya dan menjuruskan kepada gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan
perhubungan.
Cuba tanya dengan pasangan-pasangan
yang berada dalam tiga hingga lima tahun usia perkahwinan: “bahagia tak
kahwin?”
Ada yang jawab, “pening betul menguruskan keluarga,
kerjaya, macam nak gila.” Itu dia belum dengar jawapan saya
yang sudah 24 tahun berumah tangga.
Ini nasihat untuk golongan wanita yang
jadi isteri dalam usia muda. Walau sesibuk mana tugas di tempat kerja, jangan
sesekali mengabaikan rumah tangga. Antaranya aspek fizikal rumah seperti
kebersihan. Jangan biarkan rumah berselerak dengan baju, bantal, kain, cawan
pinggan memenuhi ruang tamu rumah.
Kalau masuk rumah tengok ruang tamu,
punyalah berselerak sampai tamu datang pun nak balik. Itu belum masuk dapur,
pinggan mangkuk, periuk belanga, tulang temulang ikan, makanan basi seminggu
lepas pun masih bersangga di singki dan periuk belanga yang tidak berbasuh!
Peti sejuk jangan ceritalah. Sayur,
buah, minuman berselerakan hingga sejuk peti sudah tidak berbekas pada makanan.
Bilik tidur yang merupakan bilik kasih sayang suami isteri macam bau kucing
beranak,. Bertebaran dengan pakaian, lampin pakai buang, najis anak dalam
lampin tidak sempat dibuang. Baju-baju dilonggokkan, memang memualkan.
Ini semua senario benar sebahagian
rumah pasangan muda yang sibuk bekerja. Tetapi sesibuk mana pun kita sebagai
isteri atau suami, kalau kita bekerjasama membantu membersihkan rumah dan
menyusun atur perancangan kebersihan. Pasti rumah akan kelihatan bersih
teratur.
Soalnya JANGAN MALAS dan JANGAN SUKA BERI
ALASAN.
Wanita, tolonglah jangan jadi isteri
yang berjaya dalam pekerjaan tetapi gagal menjadi isteri yang membanggakan
suami di rumah. Ada suami mengadu, rumah berselerak, memasak sekali-sekala
sahaja. Minuman suami segelas pun suami buat sendiri.
Sebelum kahwin suami makan di kedai,
dah kahwin pun tidak ada bezanya. Bila isteri hendak keluar berjalan atau
bekerja, solekannya bukan main. Wanginya bertebaran satu rumah. Langkahnya
bukan main cantik tapi cantik itu hanya untuk orang lain dan bukan untuk suami!
Ya, ini yang boleh membuatkan hati si
suami semakin tawar untuk balik rumah. Jadi lebih suka pergi kursus dan tinggal
di hotel yang lebih menyenangkan hatinya. Makan minum dengan rakan sekerja yang
penuh gurau senda daripada situasi di rumah yang menjadi penolak kepada
dirinya.
Tetapi semua itu boleh dijayakan jika
kita tahu satu ayat ‘power’ yang mesti kita uruskan iaitu MASA.
M – Mengurus kehidupan dengan teratur.
A – Amanah dengan tugas. Sebagai isteri, jalankanlah tugas-tugas isteri
dengan baik mengikut keupayaan kita. Jangan bongkak kerana kita bergaji besar
dan berpangkat tinggi kerana itu tidak memberi makna jika tugas isteri tidak
kita laksanakan dengan jaya.
S – Suai padankan aktiviti-aktiviti yang hendak kita jalankan di tempat
kerja agar seimbang dengan keluarga.
A – Aspirasi kita untuk menjadi isteri mithali adalah pemangkin usaha
untuk menjadi isteri dan ibu yang berjaya dan bahagia!
Penulis: PROF MADYA DR RUSINAH SIRON
0 comments:
Post a Comment