JAMBATAN Kampung Kerinting yang menjadi laluan penduduk ke
bandar Gua Musang ditutup kepada lalu-lintas selepas ditenggelami air Sungai
Ketil, sejak kira-kira 5 pagi ini.
Limpahan air sungai berlaku susulan hujan berterusan melebihi
lima jam, malam tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang, Mohd
Yusalmi Yusof, berkata penduduk masih boleh menggunakan laluan lain untuk ke
bandar.
Selain Jambatan Kampung Kerinting, jambatan sementara Kampung Pulau Setelu
turut menerima nasib sama disebabkan limpahan air Sungai Nenggiri.
“Cuaca cerah pagi ini dijangka cepatkan proses air sungai
surut,” katanya.
Penduduk kampung itu, Harun Majid, 54, berkata, dia menyedari
jambatan itu tenggelam apabila hendak ke bandar lama.
Berikutan itu, katanya, dia terpaksa melalui laluan utama yang
lebih jauh dari Kampung Kerinting.
“Jika hujan berterusan,
memang Sungai Ketil mudah naik. Namun biasanya akan surut dalam tiga jam,”
katanya.
0 comments:
Post a Comment