Seluar jeans memang menarik jika dipakai kena dengan
potongannya. Ada yang murah, ada yang mahal, ada yang juga yang harganya tak
masuk akal bergantung kepada jenama, kualiti, pembuatannya atau mungkin juga
sengaja dimahalkan tanpa apa-apa sebab.
Adakah anda
peminat seluar jeans? Berikut adalah 10 seluar jeans paling mahal setakat ini
yang pernah dijual kepada pengguna.
10. 7 for All Mankind (RM1253)
Berpusat di California, syarikat ini mula menjual produk lelaki
sebelum menceburi bidang pakaian wanita dan kanak-kanak. Taktik mereka memang
sejak awal adalah menjual produk pada harga yang tinggi, kerana mereka percaya
kualiti kainnya, potongannya dan yang paling penting, keyakinan orang ramai
terhadap jenamanya.
9. Earnest Sewn Custom Fit (RM4200)
Digemari oleh selebriti-selebriti luar, jenama ini akan membuat
seluar mengikut pilihan pembeli. Apa saja yang diminta oleh pembeli akan
dipenuhi dan bagi setiap pasang seluar, hanya ada 3 orang saja yang akan
terlibat dengan pembuatannya di New York.
8. Roberto Cavalli (RM5050)
Berasal dari Itali, pembuat pakaian ini terkenal sebagai
pembuat pakaian mewah bagi wanita. Jeans pertama beliau diperkenalkan pada
tahun 1994 di Milan dan menjadi seluar jeans paling mahal di dunia waktu itu.
Rekaannya berbeza dengan seluar jeans biasa apabila banyak diadunkan elemen
lain ke dalam rekaan asal seluar jeans.
7. Dolce
Gabbana (RM5100)
Jenama ini popular di Malaysia walaupun tidak ramai yang mampu
memilikinya. Amat mudah untuk kita melihat wanita membawa tas tangan berjenama
Dolce & Gabbana merata-rata yang tidak diketahui ketulenannya. Jeans paling
mahal dalam siri jeans mereka mampu mencecah RM5100 sehelai.
6. Gucci (RM13035)
Jenama terkenal ini menjadi idaman ramai di seluruh dunia.
Direka dengan ketelitian yang tinggi serta mampu menonjolkan status
pemakaianya, seluar jeans paling mahal Gucci telah dijual pada harga
RM13035.00.
5. Apo Jeans (RM16821)
Dibuat berdasarkan permintaan pelanggan, semua fabrik yang
membentuk poket dalam jeans Apo dibuat dengan kain sutera. Butang jeans nya
diperbuat daripada intan dan emas serta platinum juga turut digunakan. Nama
pemilik seluar tersebut akan dicetak pada bahagian dalam seluar dan dikatakan,
pemakainya akan merasa sangat selesa dengan seluar mereka.
4. Escada (RM42000)
Jenama dari Jerman ini memang mensasarkan produk untuk
kemewahan. Setiap pelanggan diberikan peluang untuk memberikan idea tentang apa
yang mereka mahukan daripada jeans mereka dari segi potongan dan rekaan.
Setakat ini, harga paling tinggi bagi jenama Escada telah mencecah RM42,000
sehelai.
3. Levi's Strauss 501 (RM252,300)
Sehelai jeans klasik yang dibuat pada sekitar 1880 dengan jenama
Levi's telah pun dijual pada harga RM252,300 kepada pembeli bertuah dalam satu
acara lelongan.
2. Dussault Apparel Thrashed Denim (RM1,051,250)
Dussault Apparel Thrashed Denim merupakan satu jenama yang
menyiapkan jeans mengikut spesifikasi pelanggan. Satu jeansnya yang diberi nama
'The Whites' telah pun dijual pada harga RM1,051,250 pada tahun 2008 menjadikan
seluar itu jeans paling mahal dunia ketika itu. Setiap helai jeans mereka
diwarnakan dengan tangan dan dibasuh 13 kali untuk menghasilkan rupa yang unik.
1. Secret
Circus (RM5,321,570)
Jeans ini hanya dibuat sehelai dan pada poket belakangnya
diletakkan 15 bentuk intan yang mempunyai harga jutaan ringgit. Jeans ini hanya
pernah dipamerkan sekali pada London Fashion Week 2008 sebelum dijual kepada
pemilik barunya. Identiti pemiliknya dirahsiakan sehingga sekarang. Tidak ada
siapa tahu siapa pemilik jeans bersaiz 27 inci ini kecuali Secret CIrcus.
0 comments:
Post a Comment