Friday, October 27, 2017

Filled Under:

Tahukah Anda Kucing Salah Satu Cara Pembuka Rezeki






'Kucing merupakan makhluk yang berkat . Kenapa? Kisah ini dipetik daripada kisah Syeikh Badiuzzaman Said Nursi , seorang pejuang dan pemikir islam Turki. Cerita ini ketika beliau berseorangan di pondok , beliau hanya ditemani oleh 4 ekor kucing. Terlintas dihatinya mengapa kucing dikatakan makhluk yang berkat sedangkan kucing kerjanya hanya bermain makan dan tidur tidak seperti makhluk lain yang melakukan pekerjaan.

    Pada malam itu beliau ingin tidur dan datang seekor kucing duduk di tepi bantalnya. Kemudian kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinganya lalu berzikir "YA RAHIM" berulang kali. Pada awalnya beliau berkira ia hanya sebuah mimpi namun ia memang benar. Semakin lama beliau mendengar semakin jelas kucing2 ini mengiau dengan menyebut YA RAHIM dan ia berzikir dengan begitu fasih dan penuh kesedihan. Kucing2 ini seperti sedang merayu kepada tuhanNya yang bersifat Al-Rahim. Allahuakbar !!! Tanpa kita sedari inilah zikir dan munajat kucing setiap hari dan kerana inilah kucing adalah makhluk yang berkat di sisi Allah dan kucing tidak berzikir dengan nada haiwan sebaliknya ia berzikir dengan nada insan kerana ia hidup bergaul dengan manusia. Kucing sangat memerlukan belas kasihan daripada manusia.

    Selepas kucing ini mendapat kasih sayang dan makanan daripada tuannya ia tidak berhenti mengucapkan syukur dan pasti ia akan berdoa untuk kebaikan dan kemurahan rezeki buat tuannya kerana tidak kedekut berkongsi rezeki dengan makhluk sepertinya. Adakah kita mengira doa daripada kucing ini tidak makbul? Ia pasti makbul kerana darjatnya tinggi di sisi Allah walaupun ia hanya seekor kucing..

     Dan kucinglah haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Jadi sayangilah kucing dan jangan pernah sesekali menzaliminya. Ketahuilah bahawa doa kucing berkekalan hingga ke akhirat untuk kita. Setidak - tidaknya mungkin dengan kita berlaku ihsan pada kucing2 ini Allah akan redha pada kita dan dapat menolong kita di akhirat kelak Hormat sapa yang sudi kongsi makanan dengan kucing weh'
#murahrezeki




0 comments:

Post a Comment