Dulu Aku
Tolak-Tolak Kalau Kucing Datang Dekat, Suatu Hari Allah Tunjukkan SESUATU Yang
AJAIB Buat Aku BERUBAH !!! | Hopefully confession ini akan di-approved. Terima Kasih
Admin. Dulu aku penggeli kucing. Pernah jugak aku tolak kucing dengan kaki
sebab geli nak pegang. Bukan benci, tapi geli. Tak mampu nak describe reason
kenapa perasaan geli tu wujud. Maafkan aku wahai pencinta kucing sekalian.
Bagaimana kucing
membawa aku untuk berubah? Kisah satu, time ni aku masih penggeli kucing.
Aku selalu marah housemate rumah sewa sebab selalu bagi kucing makan. Yelah,
menggalakkan kucing datang, kemudian kucing tu akan merayap-rayap ke bilik aku.
Sampai lah satu
ketika, time tu aku tengah mandi, tiba-tiba terdengar kucing yang selalu
housemate bagi makan tu, mengiyau banyak kali. Aku abaikan dan terus mandi.
Lepas tu, aku dah tak dengar kucing tu mengiyau dah. Aku pun kuak pintu sikit,
dan tengok. MasyaAllah, kucing tu tengah gigit ular. Mati ular tu kena gigit.
Tak lama lepas tu, kucing tu pun mati. Tak pasti la kena patuk dengan ular ke
ape. Kami kebumi kan kucing tu. Selepas tu, aku sendiri kongsi duit beli
makanan kucing. Insaf.
Kisah kedua, ada
satu hari tu, datang seekor kucing cedera, mungkin bergaduh. Sebenarnya aku
agak geli la dengan keadaan kucing tu. Tapi akhlak housemate aku buat aku
insaf dan menitiskan air mata. Housemate aku bersih luka kucing tu dan siap
suapkan makanan. Menangis aku tengok sebab rasa diri ni zalim sangat pada
makhluk Allah yang dikasihi Nabi ni.
Sekarang,
Alhamdulillah. Aku bukan penggeli kucing tapi pengasih kucing. Aku dah tak
tolak-tolak kucing. Walaupun aku masih lagi ada takut-takut pada kucing, tapi
aku cuba juga untuk memdekati makhluk comel ni kerana Allah cinta kan manusia
yang penyayang. Sejak aku dah tak jadi anti kucing ni, aku perasaan, hati aku
dah tak sekeras dulu. Aku jadi mudah kasihan dan rasa ringan nak memberi.
Indahnya bagaimana
Allah menghubungkan manusia dengan kucing melalui kasih. Dan bagaimana kucing
tu sendiri menjadi ingatan kepada aku tentang indahnya ciptaan Allah yang comel
ni. Subhanallah” Kredit:-IIUMC
0 comments:
Post a Comment