Mona Syamimi Mohd Samsudin
atau lebih dikenali sebagai Mimi mengeluarkan kenyataan bahawa dia bersedia
untuk bersemuka dengan Erra Fazira bagi menjelaskan perkara sebenar yang
berlaku diatara dia dengan salah satu finalis AF Megastar, Shahir.
"Saya sedia bersemuka dengan Erra bagi menjelaskan perkara yang berlaku antara saya dan Shahir.

Menurut laporan Harian
Metro, Mimi berkata, dia berani untuk bersemuka dengan Erra fazira yang
merupakan kekasih Shahir supaya tidak dituduh sengaja mereka-reka cerita
seperti yang didakwa netizen selepas kisah mereka tular.
"Saya sedia beri kerjasama sekiranya Erra mahu bertemu saya. Saya tiada masalah untuk menunjukkan bukti perbualan saya dengan Shahir.
"Lagipun saya tidak suka netizen menuduh saya sengaja mengada-adakan cerita. Saya dan Shahir memang berkawan, bukan peminat atau penyokongnya di pentas AF Megastar seperti didakwanya sebelum ini," katannya.

Mimi yang juga merupakan
seorang pramugari ini berharap isu tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.
"Saya harap Shahir tampil meminta maaf dan menjelaskan perkara sebenar. Saya tidak mahu isu yang berlaku ini menjejaskan nama dan kerjaya saya.
"Lagipun antara saya dan Shahir hanya kawan. Saya juga baru mengenali seseorang dan kami baru saja berpasangan. Mujur saya sudah menceritakan perkara ini terlebih awal sebelum gambar saya dan Shahir menjadi tular," katanya.
Dipercayai, teman lelaki baru Mimi ialah pemain bola sepak pasukan Terengganu iaitu Mohd Ridzuan yang baru dikenalinya.
Sementara itu, Mimi mengatakan dia terkejut dengan kenyataan daripada salah seorang peserta AF Megastar iaitu Ewal yang mendakwa dia hampir menjadi mangsa perangkap Mimi.

Jelas Mimi, dia tidak akan
teragak-agak untuk menunjukkan bukti sebelum ini Ewal pernah menggangunya
sehingga dia dan kekasih lamanya berpisah.
"Saya terkejut apabila Ewal berani membuat kenyataan begitu. Ketika saya mahu tutup kes ini, dia tergamak mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa.
"Ewal menghubungi saya dan cakap dia tidak pernah keluarkan kenyataan. Saya beritahukalau Ewal tidak keluarkan kenyataan, macam mana artikel itu keluar.Saya bengang dengan kenyataan bodoh Ewal itu. Jangan sampai saya tunjukkan bukti dia pernah menganggusaya sebelum ini. Saya masih simpan segala bukti perbualan kami," akhirnya.
Sumber- Harian Metro

0 comments:
Post a Comment