JIKA disebut nama Abdul Hamid
Abdul Rahman, pasti ramai yang tidak mengenali siapakah empunya pemilik nama
itu.
Namun jika
menyebut Hamid Gurkha, pasti secepat kilat fikiran dapat menangkap figura
bertubuh kecil dengan loghat Negeri Sembilan yang pekat.
Pelakon vetaran
yang kini mencecah usia 85 tahun itu sememangnya sangat dikenali ramai ekoran
lakonannya yang penuh jenaka dan sangat menghiburkan.
Malah tidak
salah rasanya jika menggelar beliau antara ‘otai lawak’ paling berpengaruh di
Malaysia.
Namun seperti
yang diketahui umum, baru-baru ini beberapa penggiat seni tanah air telah
menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa
gelaran Datuk dan Datuk Seri.
Antara
selebriti yang dimaksudkan adalah pelakon Eizlan Yusof atau Idris Md. Yusof
yang menerima gelaran Datuk Seri.
Manakala
pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim telah
menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk.
Bukan ingin mempertikaikan namun apakah sumbangan besar kedua-dua
pelakon ini dalam industri seni tanah air sehinggakan dianugerah darjah
kebesaran berkenaan?
Jika dilihat
dalam konteks mengharumkan industri seni, jujurnya skor yang boleh diberikan
adalah ‘sedikit’ berbanding pelakon-pelakon vetaran yang telah lama
berkecimpung dalam industri.
Dek kerana
itulah, bagi kami antara individu yang lebih ‘berbaloi’ dan sepatutnya menerima
darjah kebesaran berkenaan adalah insan seni bernama Hamid Gurkha.
Mungkin ramai
yang tidak mempersetujui namun Hamid Gurkha atau lebih mesra dipanggil Pak
Hamid ini sebenarnya masih bergiat aktif dalam bidang seni sehingga ke hari
ini.
Antara
filem-filem yang menjadikan beliau sering mendapat perhatian penonton adalah Main-Main
Hantu, Sikit Punya Gila, Konstabel Mamat, Gila-Gila, Alamak Toyol, Jiwa Kacau
dan Zombie Kampung Pisang.
Tahukah
anda, ketika negara masih di bawah penjajah, beliau memilih untuk menyertai
pasukan tentera selama tajuh tahun, bermula pada tahun 1950.
Menurut Pak
Hamid, beliau masih terkenang lagi bagaimana peristiwa di Bukit Kepong pada 23
Februari 1950 sewaktu balai polis di bukit itu telah diserang 180 pengganas
komunis.
Beliau yang
pada ketika bersama pasukannya ingin menghulurkan bantuan, namun tidak
kesampaian ekoran laluan perhubungan antara mereka telah dipotong oleh komunis.
Sehinggalah ke
hari ini setelah lebih 25 tahun bergiat dalam dunia seni, beliau masih tidak
boleh melupakan persitiwa itu yang mana hanya mereka yang berada di waktu itu sahaja
memahami kesusahan dijajah orang luar.
Baik untuk
negara, baik untuk sebi semua beliau dah buat.
Artis hantar
gambar kemaluan dapat Datuk, artis yang sepanjang hayat berjasa dari pelbagai
segi dilupakan begitu sahaja! –MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment