Romantik dan tak pelik bila
penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 33, nampak cukup bahagia dengan kehidupannya
bersama pasangannya, Shuib. Sarah yang berkongsi menerusi Instagram detik
perkenalannya sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan Shuib, membuatkan
ramai netizen rasa terharu dan sebak.
Ikuti
perkongsiannya…
Kita kenal tak lama sekejap je dah
nikah, itu lah jodoh.. masa nak nikah tu I ingat lagi u job pun tak berapa nak
ada. Kadang risau jugak tapi u bukan lelaki yang jenis tunggu job, ada je benda
yang u nak buat untuk dapatkan rezeki. Ingt lagi u sanggup keje jual ayam
percik kat baza Ramadan masa tu ramai yang cakap masa tu kenapa dia .?!?!?
Takkan
kau nak kawin dengan Shuib??? Terus terang I tak de jawapan tuk itu.. cuma
jawab dalam hati je la, yang tahu shuib tu aku sampai ada yang kata shuib pakai
ilmu guna-guna hahahahha..
Sekarang syukur
Alhamdulillah… berkat hasil usaha u, org macam u ni Insyaallah rezeki banyak.
Kerja tak mengelat… tak pandai curi tulang… tak suka burukkan orang… buat kerja
bersungguh kalu tak tahu akan cari tau.. berkongsi rezeki dengan keluarga (tak
kedekut)
Moga perkawinan kita ni
diberkati dirahmati dipermudahkan. Setiap perkahwinan itu pasti ada dugaan…
tapi saya sangat bersyukur, terlalu ramai yang mendoakan kami… syukur syukur
syukur dan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu semua.
Haaa… itu dari luahan daripada Siti Sarah, kita tengok pula sisi
romantik si Shuib ni. Punyalah, bahagia! Elok sangat kaum lelaki menghargai
isteri macam ni tau…
Ok,
romantik tak? Sebenarnya inilah konsep yang patut ada dalam perkahwinan, terima
si dia seadanya dan doakan kejayaannya. In shaa Allah segalanya dipemudahkan
dan Allah akan bagi satu demi satu. Sekarang hakak nak tanyang kasih sayang
keluarga ni pula… jom tengok!
Ucapan Kelahiran Dari Seorang
Suami BUat Isterinya
Bukan
itu sahaja, Shuib ni suka mengusik Sarah dan ini ucapan comel buat isterinya…
Doa
Yang Manis-manis
Moga pasangan ini kekal
bahagia hingga ke Jannah! Aamiinn…








0 comments:
Post a Comment