1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita
yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di
syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah
SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini
kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak
berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli
syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan
suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga
sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan
serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah
berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak
sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak
berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di
dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan
berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama
lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia
berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya
yang terakhir.
Artikel Cinta ini dipetik dari Copy and Paste.
0 comments:
Post a Comment