KUCHING, SARAWAK -
Seorang kanak-kanak perempuan yang mengadu sakit pada kemaluannya ketika
membuang air kecil, membawa kepada pendedahan dirinya menjadi mangsa cabul,
lapor Harian Metro.
Mangsa berusia
empat tahun itu dipercayai dicabul oleh lelaki warga Vietnam yang bekerja
dengan bapanya dalam industri laut dalam.
Kejadian itu
terbongkar selepas ibu mangsa, 33, berasa curiga selepas anaknya mengadu sakit
di bahagian kemaluan tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah
Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, mangsa mendakwa pekerja bapanya
yang memasukkan 'sampah' ke dalam kemaluannya dan ibu mangsa membuat laporan
polis kira-kira jam 3 pagi tadi.
Bertindak di atas laporan
itu, polis kemudian menahan lapan suspek berusia 19 hingga 47 tahun di rumah
berkenaan, dua jam kemudian.
"Siasatan
lanjut mendapati mangsa tinggal bersama semua suspek di antara jam 3-5 petang
semalam kerana bapa dan ibunya pergi ke Jabatan Imigresen untuk memperbaharui
visa pekerja berkenaan.
"Semua suspek
bekerja dalam industri laut dalam yang diusahakan bapa mangsa dan menetap
sementara bersama mereka di rumah nenek mangsa," katanya.
Mangsa telah
dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani pemeriksaan, namun
keputusannya masih belum diperolehi setakat ini. Mangsa juga masih belum dapat
mengenal pasti suspek yang didakwa memasukkan sesuatu pada kemaluannya.
"Semua suspek
akan direman pagi ini untuk siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 354
Kanun Keseksaan kerana mencabul," katanya.
0 comments:
Post a Comment