KUALA LUMPUR -
Baru-baru ini, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan
sebuah laman beli belah secara online, Lazada, yang didakwa telah mengambil
bayaran tetapi sehingga kini belum mendapat barang yang ditempah.
Difahamkan, ramai pelanggan
yang menghadapi masalah yang sama dan berasa diri mereka dianaiya sehingga ada
segelintir dari mereka yang merancang mahu mengambil tindakan melaporkan
perkara itu kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.
Beberapa individu
yang lain pula mendedahkan, mereka cuba menghubungi pihak Lazada sama ada
melalui Live Chat atau talian hotline, namun kedua-dua medium perhubungan itu
tidak dapat dihubungi.
"Please refund
my money! Duit pampers anak tu. Gaji pun belum, dah advance semata-mata nak
beli pampers anak. Selalunya okey, tetapi kenapa jadi begini?" kata
netizen.
"Tunggu dari 5
Oktober 2017 sampai sekarang, last-last kau (Lazada) cancel barang. Bana apakah
ini? Besok aku nak langgar Lazada Hub di JB," - Md Faiz Jst.
"Pasal apa nak
Live Chat pun tak boleh? Call hotline pula sampai nak dekat 40 kali, asyik tak
dapat saja. Melawak kasar nampak? Janganlah buat lawak macam ini pada
pelanggan. Kasihan kami, duit kena potong, barang tak sampai, nak chat tak
boleh, call hotline tak dapat. Mesej di Facebook, buat tak tahu." -
Khamarul Khairudin.
Sementara itu,
laman Facebook rasmi Lazada semalam mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan
memaklumkan sistem mereka mengalami masalah.
Difahamkan, sejak
beberapa minggu yang lalu, Lazada telah menaik taraf servers dan sistemnya bagi
meningkatkan platform mereka untuk memudahkan pelanggan bagi kempen 11.11.
Malangnya telah berlaku gangguan perkhidmatan yang tidak diingini.
Ekoran kejadian
itu, Lazada memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan sedang
mengenalpasti mana-mana pelanggan yang terjejas disebabkan gangguan tersebut
serta memberi jaminan akan menyelesaikan masalah berkenaan.
Menurut kakitangan
dari bahagian Order Management Lazada, Az Lan, mereka sedang dalam proses untuk
meneliti semua pesanan yang bermasalah dan proses pemulangan wang juga sedang
dilakukan secara berperingkat.
"Kami mohon
maaf di atas kesulitan ini. Jangan risau, kesemua pesanan yang didakwa tiada
dalam sistem sebenarnya telah pun dapat dikenalpasti. Kami akan cuba sedaya
upaya untuk memulangkan semula pembayaran secepat mungkin.
"Tiada unsur
penipuan langsung. Cuma ralat pada sistem yang digunapakai ketika ini. Proses
pemberitahuan juga sedang dijalankan secara berperingkat. Harap maklum, terima
kasih," katanya.
0 comments:
Post a Comment