“Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita
sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita..Betapa CELAKAnya
manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan
melahirkan tuannya..”
Berapa ramai yang sediakan satu bahagian gaji untuk diberi
kepada ibu bapa setiap bulan? Adakah kita kedekut kepada ibu bapa? Pernahkah
kita berkira untuk membuat bakti kepada mereka? Persoalan di atas hanya diri
sendiri yang boleh jawab.
Barangkali,
inilah satu-satunya perkara yang menjadikan gaji kita tak berkat dan tidak
pernah cukup. Perasan tak?
Seorang
pengguna FB Zakuan Faiz telah menulis satu coretan mengenai perkara ini yang
pasti mampu membuka mata kita semua. Baca coretannya di bawah:
SYURGA PALSU UNTUK ORANG BODOH
Aku tidak
dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu.
Aku dapati
begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka
didoakan ibu mereka secara khusus.
Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang
mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi
pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga.
Mereka jaga
kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula
mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang
nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya.
Alasan mereka,
hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga.
Sebenarnya
barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari
rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas,
suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka.
Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu
rumah.
Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti “Rijal” pada zaman
Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana’ah dan Allah
limpahkan barakah.
Akhirnya ibu
dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba
kepada kita.
Bila kita dah
mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi
waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan
mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang.
Bawa ke taman, tak larat berjalan.
Yang mereka
mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman.
Tapi demi
Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan.
Akhirnya
syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan
pintas telah pun tertutup.
Waktu itu
tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar “dengan orang lain”
juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih
sayang selayaknya.
Akhirnya
anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang
perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal
tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama.
Anak-anak
membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata.
Semuanya dah
terlambat.
Sejak awal lagi kau salah kira.
Sejak awal lagi kau terlibat riba.
Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia.
Sejak awal lagi kau makan semua benda.
Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.
Sejak awal lagi kau salah kira.
Sejak awal lagi kau terlibat riba.
Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia.
Sejak awal lagi kau makan semua benda.
Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.
Kepada yang
masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih
hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu..
sudah-sudah lah kejar dunia yang tak berkesudahan…. Tak kan kau nak biar mak
bapak kau mati membawa hati yang kecewa…
Sekurang-kurangnya
balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan,
bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa
mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata,
cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan
syurga itu.
Redha Allah
terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan
Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan
dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya.
Ramai orang
kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa ke restoran mahal walau
sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa
sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran
mahal dia tak rasa apa. Bawak ibubapa, dia kata bazir.
Pengalaman
saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya
makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan
pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah
gawat.
Tapi tak…
Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak
diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi
untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan.
Jadi korang
rasa, korang sempit kewangan sebab apa?
Sebab korang
kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun
korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar
sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak
korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim
kan?
Mestilah tak
pernah! Gila! Nanti nak makan apa!
Ok, kita turun
sikit….
Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid?
Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…
RM1 je….
Tengok tu… Kedekut kan?
Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid?
Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…
RM1 je….
Tengok tu… Kedekut kan?
Lepas tu
mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup .
Ni semua mesti salah Najib!
Orang yang
berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai
bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try
it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat,
gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT.
Gembirakanlah
ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu.
Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah
anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya
mudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka
sebagai bibik.
Yang wanita,
jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam.
Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah
rumah yang diketuai oleh IBU mereka.
Sekarang rumah
hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya
jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke
hari-hari layan lagu dari program realiti.
Maka yang
terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet
Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak.
Di luar sana,
memang ramai orang “kaya”. Tapi majoritinya kaya palsu.
Rumah besar,
kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya
kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset.
Dan kehidupan
itulah yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba.
Aku sikit pun
tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua
posers, fakers, palsu, cetak rompak.
Kehidupan itu
yang kau carik?
Hingga tanggungjawab kau abai?
Mak bapak kau hambakan?
Anak-anak tidak diberi agama?
Allahu…
Hingga tanggungjawab kau abai?
Mak bapak kau hambakan?
Anak-anak tidak diberi agama?
Allahu…
“Jangan kau
terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka.”
Nota: Tulisan
ini adalah kata hatiku untuk diriku sendiri. Aku mencela diriku siang dan malam
agar aku tidak leka dengan angan-angan dunia yang penuh tipu daya dan menjaga
ibubapak ku dengan baik. Merekalah syurgaku. Dan aku rasakan ia mungkin
bermanfaat bagi sesetengah orang yang berakal, jadi aku decide untuk share
disini. Moga ada manfaatnya.
0 comments:
Post a Comment