Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang
menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di
antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar
melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan
kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Antara
tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:
1.
Suami atau isteri atau kedua-duanya
sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun,
sangat kurang nikmatnya.
2.
Suami (atau ada juga isteri) berasa
sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
Isteri (atau ada juga suami) berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
Isteri (atau ada juga suami) berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
3.
Suami atau isteri terlihat
pasangannya kelihatan hodoh.
4.
Mudah bertengkar walaupun dalam
hal-hal yang kecil.
5.
Suami berasa mudah untuk memberi
cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
6.
Suami atau isteri sering diganggu
mimpi-mimpi buruk.
7.
Suami atau isteri beberapa kali
melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
8.
Suami atau isteri sering mengalami
kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit
kaki tangan dan sebagainya.
Sekiranya ada tanda-tanda di atas,
ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.
Antara ikhtiar yang boleh dibuat
untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun
pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat.
Selain
itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah
(dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:
1.
Pastikan tidak ada gambar-gambar dan
lukisan makluk bernyawa yang dipamerkan (di dinding, almari, meja dan
lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak.
Gambar dan patung yang dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan
menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.
2.
Tambah ibadah seharian. Biasakan buat
amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun
sekadar satu ayat.
3.
Banyakkan memohon ampun atas
dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan
terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan
terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.
4.
Elakkan daripada berkumandangnya
lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama.
Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.
5.
Wujudkan majlis taklim harian di
rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama
selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari. Contohnya beli apa-apa buku yang
mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara
lantang manakala yang lain-lain mendengarnya. Walaupun majlis ini kecil dan
singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan
mengecewakan syaitan-syaitan.
6.
Ahli keluarga yang lelaki (suami dan
anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar
dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah
tuntutan.
7.
Mengadakan kenduri doa selamat jika
berkemampuan.
8.
Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa
itu senjata orang-orang beriman.
0 comments:
Post a Comment