Anak kahak bila minum Milo? Anak sembelit bila minum Milo? Anak
tantrum bila minum Milo?
Please check
the ingredients : Ada maltodextrin
Maltodextrin
bukan sahaja tidak bagus kepada anak, ia tidak bagus untuk semua peringkat
usia. Ia diperbuat daripada sirap jagung. Jagung pula sumbernya GMO.
Sirap jagung
berfruktos tinggi (HFCS) adalah sejenis bahan pemanis yang diproses secara
menyeluruh dari jagung ubahsuai genetik. Ia kebanyakannya diimport dari Amerika
kerana Amerika merupakan pengeluar dan pengeksport HFCS terbesar di dunia.
Ia bukan saja
untuk kegunaan makanan manusia dan haiwan malah terdapat dalam hampir semua
produk kegunaan seharian seperti minyak enjin, gris, cat, pelekat, plastik,
minyak wangi, bateri, peluru, bahan peletup dan banyak lagi yang tidak boleh
anda bayangkan. Jagung yang digunakan juga bukan dari spesis jagung yang boleh
dimakan manusia tetapi diproses terlebih dahulu.
Antara makanan yang mengandungi sirap jagung berfruktos tinggi
(HFCS) ialah sebahagian besar produk Kellog’s, sebahagian besar produk Heinz,
sebahagian produk Kraft, sebahagian produk cokelat Hershey’s, ais krim, Pepsi,
Coca-Cola, Sprite, A&W, produk minuman Capri-Sun, emping jagung, minuman
berkarbonat, minuman jus, campuran coklat, produk susu formula, jem, sos cili dan
tomato, sos lada hitam, sos tiram, minuman kopi segera, roti, muffin, kek,
snek, butter, pastri, biskut, bijirin, ubat batuk, ubat batuk Vicks, yogurt,
sup Campbells …dan banyak lagi.
Ia lebih murah
dari gula tebu, kerana itu ia digunakan secara meluas sebagai menggantikan gula
dalam banyak produk makanan. Tanpa serat dan nutrien semulajadi, ia terserap
terus ke dalam darah. Kesan negatif antaranya menyah-nutrien dari tubuh. Ia
menyebabkan obesiti dan menambah rasa lapar.
Bagaimana ia
membuatkan anda lapar? Sirap jagung menghalang pengeluaran leptin protin yang
memberi isyarat kepada otak bahawa anda berasa kenyang. Pada masa yang sama, ia
tidak mengeluarkan ghrelin – unsur yang memberitahu bahawa anda sedang lapar.
Akhirnya, anda makan secara berterusan. Ia memberi faedah kepada pengeluar
makanan dengan menjual produk tanpa had.
Pada kajian
yang lain, HFCS merosakkan tisu dan menyumbang kepada diabetes. Sebagai contoh,
setin minuman mengandungi sekurang-kurangnya 5 kali ganda pemanis dari gula
tebu. Dalam kebanyakan produk, pengusaha menyembunyikan istilah HFCS disebalik
nama sirap jagung, pemanis semulajadi, sirap glukosa, fruktosa, fruktos
buah-buahan, sukrosa, pekatan jus buah-buahan, pemanis jagung atau dekstrosa
Berhati-hati ketika membeli produk makanan.Sila teliti isi
kandungan produk.Kebanyakan produk penambah selera makan mengandungi
maltodextrin.
Info
tambahan,malt extract atau ekstrak malt adalah berbeza dengan maltodextrin.
Sumber: islamituindah.com
0 comments:
Post a Comment