Masalah sikap panas baran atau
cepat melenting suami terhadap isteri dan anak-anak memang tidak dapat
dielakkan pada mana-mana rumahtangga yang aman. Sudah menjadi lumrah hidup. Bak
kata perpatah melayu “Sedang lidah lagi tergigit”.
Tetapi
sikap panas baran yang tidak terkawal itu yang amat ditakuti kerana setiap hari
kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang menyedihkan. Isteri kena
pukul,ditendang dan ditampar. Ada yang sanggup tendang perut isteri yang sedang
mengandung. Ada yang lebih teruk lagi sampai ada diperlakukan seperti binatang,
diseterika muka dsbg.
Sebelum berkahwin memang susah nak
kenal hati budinya. Tetapi selepas tiga bulan baru tahu sikit perangai
buruknya. Ada yang selepas dua tahun, suami yang sebelum ini “pijak semut tak
mati” tiba-tiba berubah sikap.
Sikap
cepat melenting dan panas baran walaupun berlaku sedikit kesalahan dari isteri
itu. Bermacam-macam perkataan keluar dari mulutnya. Maki hamun yang kurang
wajar diluahkan pada isteri. Ini selalu berlaku apabila si suami sudah ada ”
affair” dengan wanita lain.
Pada
wanita yang dianiayai suami, usah gentar atau takut. Allah SWT akan makbulkan
doa-doa dari orang yang dianiayai. Ini merupakan ujian Allah SWT kepada suami
dan kepada isteri.
Sebagai
isteri senjatanya hanyalah air mata dan doa. Maka perbanyakkan doa-doa.
Merintih dan mengadu kepada Allah SWT akan kegundahan hati akan ada jalan
keluar yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada suami agar panas barannya
berkurang dan menjadi penyayang.
Bagaimana
hendak mengamalkan doa-doa ini kepada suami atau anak-anak yang panas baran?
Seperti biasanya diamalkan selepas solat. Untuk menyuruh suami atau anak-anak
membaca doa-doa ini memang mustahil.
Cara
yang lebih berkesan dengan membaca pada air kosong dan dibuatkan kopi atau teh
bagi suami minum. Tidak mengapa jika ahli keluarga lain yang minum bersama.
Lakukan
selepas solat asar jika menggunakan air kosong kerana ketika itu suami masih
belum pulang dari tempat kerja. Dimulakan dengan Istighfar-3x, Shalawat
Nabi-10x. Al-Fatihah-1x. Doa 1 dan 2 (3x). Penutup Salawat Nabi-10x.
DOA
YANG PERTAMA.
Maksudnya:
“Kami
berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada
Ibrahim!.”(Surah Al-Anbiya: Ayat 69).
DOA
YANG KEDUA.
Maksudnya:
22.
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang
ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 23.
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian
alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan);
Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha
Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya.
Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. 24. Dialah Allah,
Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada);
Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya);
bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih
kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada
bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (Surah Hasyur: Ayat 22,23,24)
Sekian
yang saya dapat kongsikan.. semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat untuk
kita semua.. Insya Allah.. Dipersilakan share.
kredit
kebodmedia




0 comments:
Post a Comment